Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Lagi Kilang Kimia...

JOHOR BAHRU - Sebarang permohonan untuk membina kilang kimia baru di Pasir Gudang...

SPRM Dapati Mohd Nazlan...

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar...

Seorang Pegawai Khas SST...

SEREMBAN - Seorang pegawai khas berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilantik...

Polis Bongkar Sindiket Dadah...

GEORGETOWN - Polis berjaya membongkar sindiket pengedaran dadah antarabangsa bernilai RM5.2 juta, berikutan...

Papan Tanda 2 Bahasa Tak Pernah Dibawa Ke MMKN

SHAH ALAM – Keputusan pemasangan papan tanda dwibahasa di Selangor tidak pernah dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), kata Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata keputusan itu yang dibuat pada 2017 oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor juga tidak pernah dibawa ke MMKN untuk dibincangkan.

“Saya kena semak, dan ia (keputusan pemasangan papan tanda dwibahasa) tidak ada dibawa ke MMKN, jika ada saya akan ingat,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pusat Kaunseling Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu papan tanda dwibahasa yang dipasang di daerah ini yang mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketika ditanya sama ada papan tanda yang mempunyai tulisan selain bahasa Melayu di daerah lain akan diturunkan juga, Amirudin berkata Kerajaan Negeri sedang melihat perkara itu secara menyeluruh.

“Kita sedang tunggu ‘kertas’ sebab arahan itu tidak diberikan melalui MMKN, kita tunggu kertas untuk lihat secara menyeluruh tentang signboard,” katanya.

Bagaimanapun, tegas Amirudin Kerajaan Negeri menjunjung kasih titah Sultan Sharafuddin dan pihaknya komited untuk memartabatkan bahasa Melayu di Selangor.


Sultan Selangor pada Isnin lepas dilapor menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

Titah itu disampaikan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Menurut Mohamad Munir, operasi penukaran papan tanda jalan berkenaan hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor pada 11 Disember ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam dalam kenyataannya semalam berkata, kerja-kerja menanggalkan papan tanda yang mempunyai tulisan Bahasa Cina di sini sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam masa terdekat. – BERNAMA

Kategori