• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenali ‘Suri’ Seri Paduka Memang Bijak, Jelita

oleh
24/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGGUN… Nama Oksana Voevodina sejak semalam tular bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia setelah dilaporkan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Personaliti gadis Rusia berusia 22 tahun dengan senyuman wajah cantik menawan semula jadi ini turut lonjak nama beliau sendiri apabila menjadi entri ‘tanda pagar’ paling tinggi carian menerusi Google dan media sosial tempatan.

Beliau yang merupakan seorang pintar ini sebenarnya pernah memenangi pertandingan ratu cantik ‘Miss Moscow 2015’ pada tahun 2015 lalu dan diadakan di sebuah teater terkenal “Nadezhda Babkina” di ibu kota Rusia tersebut.

Nama premis terkenal itu kebetulan diambil daripada penyanyi wanita lagu rakyat ternama di Rusia. Pada peringkat akhir pertandingan berprestij tersebut, Oksana melayakkan diri dan muncul pemenang mengatasi 31 peserta lain.

Dalam ucapan ringkas, dia berterima kasih kepada semua yang bantu hingga ke peringkat itu, terutama ibu bapanya. Selepas dinobat sebagai gadis paling cantik dari Moscow, dia berpeluang sertai Miss Russia, juga pada 2015.

Bagaimanapun gelaran ratu Moscow 2015 dimiliki Oksana bukan secara kebetulan, pada akhir pertandingan itu dia berjaya menambat hati para hakim dengan aura pakej imej kecantikan wajah dan kercerdikan yang dimiliki dirinya.

Pelajar ini juga memiliki bentuk badan yang menawan 85-59-90, dan ketinggian 170 sentimeter. Sebelum menyertai peraduan itu, Oksana pernah bekerja dengan pelbagai agensi model luar negara dan agensi tempatan di Rusia.

Sejak usia muda lagi, beberapa majalah fesyen antarabangsa pernah dihiasai dengan foto gadis cantik ini. Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi di Fakulti Perniagaan di Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia.

Beliau juga fasih berbahasa Inggeris kerana minat pelajari bahasa berkenaan dan dikatakan sangat petah dalam penggunaan bahasa tersebut. Selain itu, Oksana juga meminati bidang fotografi sebagai hobi ketika masa lapang.

Lebih unik, beliau juga merupakan pereka bentuk pakaian dan aksesori fesyen wanita dalam sebuah agensi fesyen terkemuka. Impian Oksana adalah untuk cipta koleksi fesyen dengan jenamanya yang tersendiri.

Beliau turut bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai di stesen televisyen sebagai profesion satu hari nanti. Sejak semalam, Sultan Muhammad V dilaporkan sudah secara rasmi berkahwin dengan Oksana.

Menurut laporan portal berita hal ehwal Islam di Rusia, www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang dengan berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.

Dalam majlis yang penuh adat istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda kelihatan anggun mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Oksana mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Tetamu yang hadir turut dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol. Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video mengenai suasana ceria majlis tersebut tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, memetik laporan daripada portal berita tempatan NSTP, sehingga pagi ini, pihak Istana Negara masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut. Daulat Tuanku! – Mynewshub.TV

Tags: Oksana VoevodinaSultan Muhammad V
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rihana Oksana Dedah Wajah Tengku Ismail Leon

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi perkahwinan Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan terus berpanjangan apabila bekas isteri Sultan Muhammad V mendedahkan wajah...

Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia

11/10/2019
0

PETALING JAYA - Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan diputuskan oleh sebuah mahkamah di Moscow, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd