• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemudahan Infrastruktur Jalan Petaling Dinaik Taraf

oleh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaik taraf kemudahan infrastruktur di sepanjang Jalan Petaling di sini terutama bagi membaiki bumbung dan mengecat bangunan-bangunan lama di kawasan itu demi keselesaan pengunjung dan para peniaga bermula tahun hadapan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata usaha itu dibuat berikutan bumbung di sepanjang Jalan Petaling itu tidak pernah ditukar sejak ia dibina 18 tahun lalu.

“Projek bumbung dan mengecat bangunan-bangunan lama di sepanjang Jalan Petaling akan mengambil masa kira-kira enam bulan bermula Januari hingga Julai tahun hadapan.

“Buat masa sekarang, kami belum lagi membuat keputusan dari segi peruntukan, yang pasti ia akan dikongsi bersama-sama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Jalan Petaling di sini hari ini.

​​​​​​​​​​​Turut hadir Anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang Say Tee.

Nor Hisham berkata pihaknya turut akan bekerjasama dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur serta pihak polis bagi membanteras isu penjualan barangan curi di Pasar Karat Jalan Sultan.

“Mengikut perancangan, pasar itu akan digabungkan ke jalan utama Jalan Petaling sebagai tarikan pelancongan yang lebih besar.

“Namun sebelum itu, kami perlu berusaha menukar imej pasar karat kepada pasar lebih positif,” katanya.

Sementara itu, Ang berkata pihaknya berharap pembaikan bumbung Jalan Petaling akan dilakukan secepat mungkin berikutan beberapa kemalangan kecil membabitkan bumbung jatuh pernah berlaku sebelum ini.

“Kali terakhir bumbung jatuh adalah pada September lalu akibat ribut dan hujan lebat namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Ia wajar dibaiki dan dinaik taraf bukan sahaja demi keselamatan dan keselesaan pengunjung dan peniaga tetapi juga sebagai tarikan pelancong asing,” katanya.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan bumbung dan mengecat bangunan akan dilakukan secara berperingkat agar tidak menjejaskan kira-kira 700 penjaja dan peniaga di Jalan Petaling. – BERNAMA

Tags: DBKLjalan petaling
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd