• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Kendali Program Linus Mulai Tahun Depan

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pelaksanaan program Saringan Literasi dan Numerasi (Linus) di peringkat sekolah akan terus diadakan meskipun program itu tidak lagi dikendalikan Kementerian Pendidikan, bermula tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata pendekatan itu dibuat supaya setiap sekolah dapat mengenal pasti dan mencari kaedah untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi di sekolah masing-masing.

“Bagaimanapun, kementerian akan sentiasa memberi sokongan setiap aktiviti Linus bagi memastikan program itu terus berjalan. Tetapi pakej program Linus dari atas (kementerian kendalikan di sekolah), kita akan tiadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Executive Talk’ bersama warga pendidik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di Dewan Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Program Linus yang mula diperkenalkan sejak 2009 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan merupakan program pemulihan bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Dalam pada itu, Dr Amin berkata keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018, yang mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran meningkat membuktikan kementerian berada di landasan betul apabila memberi penekanan kepada penguasaan minimum dan pembelajaran berkonsepkan ‘fun learning’.

“Apabila kita menekankan kepada penguasaan minimum, ‘fun learning’ dan ‘meaningful learning’ itu, kita dapati ‘A’ dalam semua mata pelajaran meningkat selain mampu menyelesaikan banyak masalah walaupun sebelum ini ramai menyuarakan kebimbangan sekiranya kaedah itu digunakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian PendidikanLinus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

10/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd