• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Luar Amal Perbelanjaan Berhemah

oleh
04/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Luar tidak akan berbelanja secara boros, sebaliknya mengikut had yang ditetapkan dan secara berhemah kata Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya, langkah itu selaras dengan peruntukan yang diterima kementerian dalam Belanjawan 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat lepas.

“Kita akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang disediakan kerana kebanyakan proses serta amalan dalam Wisma Putra adalah berjalan seperti biasa sepertimana sebelum ini.

“Bagaimanapun, bagi peruntukan kali ini kita memberi tumpuan lebih kepada wakil di luar negara terutama dalam membaiki kuarters kakitangan berikutan ada sesetengah tempat yang telah rosak selain menaik taraf sistem teknologi maklumat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Saifuddin, pihaknya juga menggalakkan kakitangan kementerian itu supaya mengamalkan amalan berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak.

“Kami mengamalkan perbelanjaan berjimat, misalnya, menteri tidak naik penerbangan Kelas Pertama walaupun diberikan hak untuk itu … itulah adalah amalan yang kita lakukan sekarang ini di Wisma Putra.

“Dalam perjalanan ke luar negara, kami menggunakan bilik standard untuk hotel, walaupun peruntukan mengatakan kami layak untuk menggunakan bilik yang lebih baik, lagipun bilik itu hanya untuk kami tidur sahaja. Ini dapat menjimatkan banyak (wang).” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan Kementerian Luar menerima peruntukan berjumlah RM748 juta untuk Belanjawan 2019. – BERNAMA

Tags: Datuk Saifuddin Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kempen Perjuangan Isu Palestin Perlu Diperhebat

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Perjuangan Palestin benar-benar memerlukan satu kempen besar-besaran masyarakat global bagi menamatkan penderitaan penduduk di wilayah yang bergolak...

Rai Kepelbagaian Pendidikan Negara – Saifuddin

10/11/2018
0

KUANTAN - Rakyat di negara ini perlu meraikan kepelbagaian dari segala aspek termasuk pendidikan yang menjadi tunjang kepada masa hadapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd