• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Setuju Skim Baucar Buku Diteruskan

oleh Ahmad Albab
10/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan saranan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet semalam itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maszlee berkata kementerian terbabit bersetuju untuk melihat cadangan itu yang bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT.

“Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 Nov lepas.

“Perdana Menteri juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maszlee menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan sokongan Perdana Menteri dalam mempertimbangkan cadangan tersebut demi membantu penuntut IPT.

Kami berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini, katanya.

Maszlee berkata cadangan itu adalah selaras dengan janjinya dalam memastikan kebajikan penuntut IPT terbela. – BERNAMA

Tags: Baucar Bukukementerian kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

Had Bulanan Budi95 Cuma 150 Liter Akibat Masalah Teknikal – MOF

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan paparan had bulanan Budi Madani RON95 (BUDI95) cuma 150 liter disebabkan masalah teknikal....

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd