• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan BN Di Kerusi DUN Rantau Dibatalkan

oleh
16/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATAL… Mahkamah Khas Pilihan Raya di Seremban hari ini putuskan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah tidak sah dan terbatal.

Justeru, Hakim Datuk Azimah Omar memutuskan bahawa satu Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut perlu diadakan dengan serta merta oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran pembatalan kemenangan itu.

Ia susulan petisyen difailkan calon PKR kerusi itu, Dr. S. Streram pada 23 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Seremban untuk memohon pengisytiharan bahawa kemenangan tanpa bertanding Mohamad adalah tidak sah.

Beliau bertindak memfailkan petisyen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berkenaan melalui peguam bela dan peguam cara, Sreekant a/l M.G Gangadharan Pillai, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Sathia Stella Sidhu.

Ini sekali gus bakal menjadi PRK yang kedua diadakan di Negeri Sembilan pasca PRU selepas kerusi Parlimen Port Dickson pada 14 Oktober lalu yang dimenangi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia turut merupakan PRK yang keempat selepas kerusi DUN Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia; kesemuanya di Selangor yang kekal dimenangi masing-masing oleh calon Pakatan Harapan.

Dr. Streram menamakan Mohamad sebagai responden pertama; Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Amino Agos Suyub di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau sebagai responden kedua dan SPR sebagai responden ketiga.

Pada hari penamaan calon bagi PRU ke-14 di Dewan Seri Rembau pada 28 April lalu, Mohamad yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Rantau diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh Amino Agos.

Ini berikutan Dr. Streram, tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti yang disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon tersebut.

Jika keputusan mahkamah ini dijadikan rujukan, ini bermakna calon mana-mana parti bertanding selepas ini bebas masuk ke pusat penamaan calon tanpa pakai pas dikeluarkan oleh pihak SPR. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanDUN Rantau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd