• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Tanpa Kerakyatan Tidak Jejas Sekolah

oleh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan memberi jaminan inisiatif membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan mendaftarkan diri di sekolah kerajaan tidak akan menjejaskan peluang dan kemudahan persekolahan murid tempatan di seluruh negara.

Menteri berkenaan, Dr Maszlee Malik berkata kementerian itu sentiasa bertanggungjawab menyediakan prasarana dan infrastruktur pendidikan yang mencukupi bagi menampung keperluan murid sekolah kerajaan termasuk di pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Saya mengambil maklum akan kekhuatiran yang dibangkitkan berhubung inisiatif ini tetapi saya ingin jelaskan ia berkaitan mereka (murid) yang tidak ada dokumen berkenaan tetapi anak kepada warga Malaysia atau salah seorang ibu bapanya merupakan rakyat Malaysia,” katanya dalam sesi Waktu-waktu Pertanyaan Menteri Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) yang ingin tahu usaha kerajaan supaya inisiatif kanak-kanak tanpa kerakyatan boleh bersekolah mulai 2019 itu tidak menjejaskan kemudahan dan proses pembelajaran murid tempatan terutama di Sabah.

Menjelas lanjut, Maszlee berkata kementerian menerima kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen lengkap seperti sijil lahir atau kad pengenalan untuk ke sekolah aliran kebangsaan dengan syarat ibu atau bapa perlu mengemukakan surat pengesahan atau perakuan ketua kampung bahawa kanak-kanak tersebut merupakan anak mereka.

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak itu juga perlu berusaha menguruskan dokumen pengenalan diri yang diperlukan dengan hadir ke Jabatan Pendidikan negeri masing-masing untuk tujuan tersebut.

Menteri itu berkata ketika ini kementerian juga sedang giat melaksanakan sesi libat urus dengan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bagi mendapat maklum balas selaras dasar dan peruntukan perundangan yang diamalkan agensi berkenaan serta pendirian mereka berhubung inisiatif tersebut.

Menerusi sesi libat urus, Maszlee berkata pihaknya menjangka akan memperoleh maklumat dan senario sebenar berhubung isu akses pendidikan golongan kanak-kanak berkenaan.

Katanya, kementerian juga akan menganalisis maklumat dan data yang diperoleh hasil libat urus tersebut dan dapatan yang diperoleh akan dijadikan asas dan justifikasi kukuh dan komprehesif untuk menyelesaikan isu akses pendidikan kepada kanak-kanak tersebut tanpa menjejaskan keperluan dan kebajikan murid warganegara yang belajar di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malikmurid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

‘Saya Kesal, Video Tular Beri Impak Besar’ – Fadhlina

26/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi peringatan kepada guru agar sentiasa menjaga integriti dan mematuhi etika di bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd