• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejadian Pukul Zulfarhan Bagaikan Perlawanan Tinju

oleh
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang saksi menggambarkan kejadian pukul yang dilakukan terhadap penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang meninggal dunia dipercayai didera rakan seuniversitinya, tahun lalu, ibarat perlawanan tinju.

Bekas penuntut UPNM, Mohd Syafiq Abdullah, 22, yang menyaksikan kejadian itu memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Zulfarhan Osman kelihatan menahan sakit dan berpeluh-peluh ketika dipukul oleh rakan-rakannya sebelum seorang daripada tertuduh, Noriznan Izzairi Noor Azhar, yang merupakan tertuduh ke-17, yang didakwa mencederakan Zulfarhan Osman, mengelap peluh mangsa.

“Ya, masa tu arwah tengah berpeluh sebab kena pukul,” katanya ketika pemeriksaan semula Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraan hari ke-19.

Saksi pendakwaan ke-25 yang merupakan rakan sebilik Zulfarhan Osman itu menjelaskan, selepas Noriznan Izzairi mengelap peluh mangsa, tertuduh-tertuduh lain kemudian menyambung semula perbuatan memukul mangsa.

Kepada soalan Othman adakah perbuatan mengelap peluh dan menyambung semula pukulan itu ibarat perlawanan “boxing”, saksi itu yang kini menjalani latihan ketenteraan di Kedah berkata, “ya, lebih kurang macam itulah,”.

Terdahulu ketika pemeriksaan balas peguam Ariff Hazami Hussin yang mewakili Noriznan Izzairi, saksi itu memberitahu ketika kejadian pukul Zulfarhan Osman di bilik asrama 3-5 pada malam 21 Mei 2017 itu, ada beberapa pelajar yang cuba menghalang kejadian itu dengan memarahi individu-individu yang memukul mangsa.

“Ada yang datang tengok dan tak buat apa-apa,” katanya sambil menambah dia tidak pasti berapa ramaikah rakan yang cuba menghalang Zulfarhan Osman daripada dipukul.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 23 Januari tahun depan. – BERNAMA

Tags: Zulfarhan Osman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Putuskan 18 Pelajar UPNM Bersalah Kes Bunuh Zulfarhan

02/11/2021
0

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersalah di atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan...

Bunuh Zulfarhan: Nasib 18 Penuntut UPNM Diketahui Esok

02/11/2021
0

18 penuntut universiti yang gagal menahan marah dan walaupun terpelajar serta bijak, percaya cakap seorang bomoh. Bertindak menyiksa mangsa termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd