• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Fiskal, Ekonomi Mampan Tumpuan RMK11

oleh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi tumpuan untuk mengimbangi objektif pengukuhan kedudukan fiskal serta penekanan pertumbuhan ekonomi mampan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di antara 2018 hingga 2020.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan Pakatan Harapan akan turut memberi perhatian khusus bagi meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi yang mencipta nilai, memacu perkembangan pelaburan langsung asing yang dapat membuka peluang pekerjaan baru serta pemindahan teknologi berimpak tinggi bagi mencipta rantaian nilai lebih tinggi.

“Ini seterusnya akan menjana pendapatan negara,” katanya ketika menggulung Usul Kajian Separuh Penggal RMK11 di Parlimen yang kemudiannya telah diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Mohamed Azmin, Malaysia adalah sebuah negara mesra pelabur dan akan terus menggalakkan aktiviti pelaburan daripada semua negara termasuk China.

Bagaimanapun, tegasnya, pelaburan dengan nilai tambah tinggi akan diberi keutamaan dalam usaha menggalakkan inovasi dan automasi, pemindahan teknologi serta mewujudkan pekerjaan mahir kepada rakyat Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata kerajaan yakin ekonomi negara mampu berkembang pada kadar antara 4.5 hingga 5.5 peratus setahun dalam tempoh akhir RMK11 itu berdasarkan asas-asas ekonomi yang lebih kukuh.

Jelasnya, seiring suasana ketidakstabilan ekonomi dunia termasuklah impak pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan perdagangan dengan negara anggota ASEAN, khususnya hubungan ekonomi dan perdagangan melalui wahana kerjasama wilayah kecil seperti Segitiga Pertumbuhan Indonesia Malaysia Thailand (IMTGT) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMPT-EAGA).

“Kita yakin langkah memperkukuh kerjasama ini akan menjana pertumbuhan ekonomi dan seterusnya memanfaatkan krisis yang berlaku. Kerajaan juga sentiasa memantau perkembangan pertikaian perdagangan antara AS dan China memandangkan Malaysia mempunyai hubungan perdagangan yang signifikan dengan kedua-dua negara tersebut,” katanya.

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2018, perdagangan Malaysia dengan AS dan China mewakili satu perempat daripada jumlah perdagangan iaitu masing-masing pada 8.2 peratus dan 16.8 peratus.

Menurut Mohamed Azmin, sebagai sebuah ekonomi bersaiz kecil tetapi amat terbuka, perang perdagangan itu dijangka memberi impak sekiranya ia berlanjutan.

Dalam pada itu, menyentuh isu royalti petroleum, beliau berkata kerajaan akan memastikan bayaran royalti dilunaskan kepada negeri-negeri terbabit.

“Perkara ini kita akan kemukakan kepada Kementerian Kewangan…tetapi Yang Berhormat sedia maklum bukan sahaja penyaluran bayaran royalti yang mungkin sedikit lewat, tetapi kerana kedudukan kewangan negara yang perlu kita ‘recalibrate’ (teliti semula) untuk melihat keutamaan-keutamaan bagi memastikan perjalanan pentadbiran kerajaan dan pertumbuhan ekonomi dapat terus dipacu,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan bayaran tunai.

“Saya yakin tindakan ini akan mewujudkan suasana yang lebih kondusif dalam rundingan dan perbincangan mengenai royalti minyak supaya memberi keputusan menang-menang bagi pengagihan yang lebih adil,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan bakal melaksanakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan pendapatan dan kuasa beli golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) serta mengurangkan ketidaksamarataan sosioekonomi.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kapasiti dan keupayaan isi rumah supaya dapat meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan, menggalakkan keusahawanan dan meningkatkan produktiviti, katanya.

Menyentuh Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mohamed Azmin menyifatkan pelaksanaan dasar itu serta semangatnya masih lagi relevan dan akan terus diperkasakan melalui dasar-dasar baharu lebih strategik serta sesuai dengan keperluan semasa.

“Tindakan afirmatif akan diteruskan untuk membangunkan potensi Bumiputera bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi negara, seterusnya mencapai pengagihan kekayaan secara saksama,” katanya.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Mohamed Azmin menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun Barisan Nasional (BN) mengesyorkan cukai tersebut pada kadar tiga peratus sewaktu memperkenalkan satu belanjawan bayangan 2019, hari ini.

Malah, katanya, sekiranya BN tetap berhasrat melaksanakan GST itu, mereka sepatutnya mengemukakannya dalam bentuk manifesto dan menyerahkan kepada rakyat untuk menerima cadangan itu atau sebaliknya. – BERNAMA

Tags: Azmin AliRMK11
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bawa Balik Jet Jho Low Jika Berbaloi – Mahathir

Next Post

Dr Jeffrey Kekal Kerusi Parlimen Keningau

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

Next Post

Dr Jeffrey Kekal Kerusi Parlimen Keningau

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd