• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Kekal Dasar ‘Swapping’ Tanah Rizab Melayu

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tiada perancangan untuk mengubah dasar perumahan membabitkan permohonan ‘swapping’ Tanah Rizab Melayu, Persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, buat masa ini kerajaan masih lagi kekal dengan dasar sedia ada iaitu tujuan ‘swapping’ hanyalah bagi membina hotel, resort, bangunan perniagaan kedai, pejabat dan apartmen servis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mohd Azam Abd Samat (PAS-Sungai Limau) yang ingin tahu adakah kerajaan negeri mempunyai dasar baharu membabitkan pembinaan projek di atas Tanah Rizab Melayu di Kedah.

Menjawab soalan asal Mohd Azam, Mukhriz berkata sejak Mei lalu sehingga kini, 13 permohonan ‘swapping’ telah diterima di Tanah Rizab Melayu iaitu di daerah Kota Setar, Langkawi dan Yan serta di Tanah Luar Simpanan Melayu iaitu di daerah Kuala Muda, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Ia membabitkan permohonan seluas 15.325 hektar Tanah Rizab Melayu dan 20.2068 hektar Tanah Luar Simpanan Melayu.

Bagaimanapun, katanya kesemua 13 fail tersebut tidak boleh diambil tindakan selanjutnya kerana menunggu laporan tanah dari Pentadbir Tanah Daerah, laporan nilaian dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, kebenaran merancang dari Majlis Daerah dan permohonan ubah jenis dari Pentadbir Tanah Daerah.

“Permohonan ‘swapping’ perlu diangkat pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara serentak dengan permohonan Ubah Jenis Kegunaan Tanah,” katanya. – BERNAMA

Tags: KedahTanah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

Isu Kesahihan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Timbul Jika Kerajaan Sediakan Tanah

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr. P. Ramasamy mempersoalkan mengapa wujud standard berganda (dwi...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd