Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Penderma Misteri Serahkan Barangan...

LONDON - Seorang penderma misteri telah menyerahkan barang berjenama dianggarkan yang bernilai £500,000...

Universiti Diminta Pastikan Graduan...

BUKIT MERTAJAM - Universiti di negara ini diminta memastikan mahasiswa mereka yang bakal...

Parlimen Belia Mahu Bayaran...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Belia Malaysia hari ini secara dasarnya bersetuju sistem...

Ejen Memang Tidak Diperlukan...

IPOH - Seorang lelaki warga emas bersyukur kerana tidak terpedaya dengan tipu helah seorang lelaki yang menghubunginya mendakwa sebagai...

Suspek Kes Jenayah Seksual Budak Dikenali Mangsa

SHAH ALAM – Kebanyakan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor pada tahun ini melibatkan suspek yang dikenali oleh mangsa iaitu sebanyak 75.7 peratus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata, dapatan itu adalah hasil siasatan yang dijalankan pihaknya sepanjang Januari sehingga bulan lepas.

“Hanya 24.4 peratus sahaja kes yang suspeknya mangsa tidak kenali. Pemangsa yang dikenali adalah seperti bapa kandung atau bapa tiri, datuk atau datuk tiri, abang kandung atau abang tiri, suami atau anak pengasuh, jiran, teman lelaki ibu, kawan-kawan mangsa dan jiran,” katanya pada program Media Talk JSJ Selangor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua JSJ (Risikan & Operasi) Selangor ACP Mohammad Abd Hamid, Pegawai Turus D11 (Jenayah Seksual & Keganasan Rumahtangga) JSJ IPK Selangor dan Pegawai Turus D5 (Perundangan & Siasatan) JSJ IPK Selangor DSP Dr A. Vasu.

Menurut Fadzil, statistik kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan di Selangor pada tahun ini turut menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 333 kes dicatatkan bermula Januari sehingga bulan lepas berbanding 287 kes pada tahun lalu.

“Daripada 333 kes itu, sebanyak 201 kes yang melibatkan mangsa kanak-kanak bawah umur 18 tahun telah berjaya dituduh, 82 kes mendapat keputusan No Further Action (NFA) oleh pihak timbalan pendakwa raya dan 51 kes yang masih belum selesai.

“Kita jangka angka ini akan terus meningkat ketika cuti sekolah bermula bulan ini sehingga Disember depan. Justeru, kita benar-benar berharap kerjasama daripada ibu bapa untuk sentiasa memantau pergerakan anak masing-masing terutama dari segi penggunaan telefon bimbit dan media sosial,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara faktor berlaku kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah disebabkan pengaruh media sosial, perkembangan teknologi, kekurangan pemantauan atau sikap prihatin ibu bapa, sikap ingin mencuba serta pengaruh rakan sebaya.

Menurut Fadzil, tindakan awal yang boleh diambil oleh mangsa atau saksi sekiranya berlaku kes tersebut adalah mereka boleh menghubungi mana-mana balai polis untuk mendapatkan bantuan atau mangsa boleh menghubungi sesiapa yang berada di kawasan berhampiran untuk menghubungi polis selain mendapatkan bantuan rawatan.


“Dalam hal ini, peranan guru di sekolah sangat penting untuk melihat sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-anak murid, contohnya kalau mereka menjadi murung, pendiam. Guru boleh bantu dengan melaporkan kejadian kepada polis sekiranya mendapati ada pelajar mereka yang menjadi mangsa jenayah seksual,” katanya.

Mengenai peranan polis dalam menangani kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak, beliau berkata pihaknya sentiasa menitikberatkan kesedaran kepada ibu bapa, guru dan masyarakat mengenai pengaruh negatif media sosial, pengawalan penggunaan internet oleh anak-anak di rumah atau di luar rumah serta pemantauan pergaulan anak-anak di luar serta di dalam sekolah.

Katanya, polis sentiasa mengadakan perjumpaan dan pameran atau memberi ceramah serta berkongsi kes yang telah dilaporkan kepada pihak tadika, sekolah rendah dan menengah, kolej serta universiti.

Menurut Fadzil, pihaknya ingin memberi kesedaran kepada kanak-kanak bagaimana cara menjaga keselamatan diri, apakah sentuhan dilarang atau hak-hak mangsa dan apakah tindakan yang boleh diambil atau perlu lapor kepada siapa jika berlaku kes sebegini terhadap diri sendiri atau orang lain.

“Polis juga menubuhkan Child Interview Centre (CIC) di setiap kontinjen yang menempatkan pegawai terlatih untuk merakam percakapan mangsa berumur bawah 16 tahun khususnya untuk kegunaan prosiding kes di mahkamah. Sebab ada mangsa tidak tahu nak ceritakan apa berlaku pada mereka, jadi pegawai kita di CIC ini akan berperanan untuk dapatkan maklumat daripada mangsa melalui kaedah yang bersesuaian.

“Trend kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak amat membimbangkan, di mana sekurang-kurangnya tiga kes jenayah seksual dilaporkan di Selangor setiap minggu. Justeru kami rasa amat perlu disebar luas kepada pengetahuan orang awam khasnya institusi kekeluargaan mengenai perkara ini dan langkah-langkah pengawasan serta tindakan wajar yang boleh diambil untuk menjaga keselamatan anak-anak,” katanya. – BERNAMA

Kategori