• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Adib Makin Positif, Mampu Beri Respons – IJN

oleh Ahmad Albab
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota bomba yang cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diletakkan dalam keadaan koma secara perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, kini sudah sedar dan menunjukkan perkembangan positif pagi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata keadaan anggota bomba berusia 24 tahun itu semakin baik dan beliau mampu memberi tindak balas terhadap sesetengah arahan verbal pakar perubatan.

“Kami merumuskan keadaan beliau sebagai kritikal namun stabil. Kami selaku petugas perubatan berasa gembira dengan perkembangan beliau dalam tempoh 24 dan 48 jam lalu.

“Pagi ini beliau terjaga dan faham akan sesetengah arahan serta boleh menggerakkan bibirnya. Ini petanda positif yang menyatakan fungsi otaknya bermungkinan okey,” katanya pada sidang media, di sini.

Dari segi fungsi organ-organ lain, Dr Mohd Azhari berkata keadaan Muhammad Adib stabil sepanjang malam tadi dengan bantuan mesin Extracorporeal Membrane Oxygenation (ECMO), peralatan yang membantu jantung dan paru-parunya berfungsi dengan baik.

Katanya Muhammad Adib masih perlu menjalani rawatan dialisis dan dijangkakan beliau memerlukan mesin itu sekurang-kurangnya selama dua hari.

“Ini disebabkan beliau mengalami kecederaan dan dengan tekanan darahnya yang rendah untuk suatu tempoh, buah pinggang beliau menerima tekanan, bermakna organ itu tidak berfungsi dengan baik. Itu sebabnya beliau memerlukan dialisis,” jelasnya.

Beliau berkata anggota bomba itu masih diberikan sedatif yang tinggi bagi membolehkan organ-organnya pulih.

Ringkasnya kata Dr Mohd Azhari, keadaan anggota bomba itu kekal kritikal namun stabil dengan tanda-tanda perkembangan positif yang menggalakkan.

Beliau berharap semua rakyat Malaysia mendoakan Muhammad Adib agar pulih sepenuhnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Md Farid Md Rafik berkata beliau mewakili kerajaan menzahirkan penghargaan kepada pakar perubatan IJN dan yang terlibat sebelum ini dalam memberi rawatan kepada Muhammad Adib.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah menziarahi Muhammad Adib pagi ini. – BERNAMA

Tags: IJNMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd