Sample Page Title

SEORANG pelukis Jepun baru-baru ini berkongsi gambar lukisan ‘hiper-realistik’ sebiji telur mentah bersebelahan dengan gambar telur sebenar.

Dia mencabar pengikut di media sosial untuk meneka yang mana satu telur yang dilukis dan yang mana satu telur sebenar.

Kebanyakan mereka tidak dapat meneka dengan tepat, bagaimana pula anda?

Yas adalah seorang pelukis lukisan ‘hiper-realistik’ yang hebat dan menghabiskan berjam-jam dalam usahanya untuk menghasilkan karya seni yang teliti.

Dia boleh melukis banyak benda, dari buah-buahan dan sayur-sayuran, sehingga ais krim dan koktel, tetapi kerja seninya yang paling mengagumkannya adalah lukisan telur mentah yang dilakukan dengan warna akrilik.


Menurut Yas di Instagramnya, dia menghabiskan masa selama empat jam sehari untuk melukisnya dan ia mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

Jika anda meneka gambar di sebelah kiri adalah lukisan, anda betul, tetapi anda masih perlu mengakui bahawa sukar untuk membuat perbezaan.

Cabarannya telah menarik minat pengguna media sosial Jepun dan posting Twitter asalnya telah mendapat lebih dari 63,000 tanda suka.

Selain lukisan telur mentah, gambar tomato masak juga dihasilkan dengan agak teliti seperti yang dimuat naik di laman Instagramnya. – Mstar

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

RM350-RM3,000 Untuk Warga Emas Tiada Pasangan, Bujang, Ibu Atau Bapa Tunggal

KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) diperuntukkan dalam Bajet 2023 akan memberi manfaat kepada...

RM6.6 Bilion Kepada MARA, UiTM Sedia Akses Pendidikan Golongan Susah

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memberi perhatian kepada kemudahan pendidikan bagi anak Bumiputera, khususnya daripada...

Jumlah Had Pegangan ASB Dan ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000 Berbanding RM200,000 Sebelum Ini

KUALA LUMPUR: Tawaran pinjaman 1.5 peratus membabitkan dana bernilai RM100 juta ditawarkan kepada golongan...

[BAJET 2023] RM55 Billion Untuk Tampung Subsidi, Bantuan Dan Insentif

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi...

Kerajaan Tanggung Kos Dapatkan Lesen Teksi, Bas Dan E-hailing B40

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing untuk...

Bajet 2023: RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia

PETALING JAYA – Sebanyak RM500 Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia: Bantuan tunai one-off disediakan...

Bantuan RM2,500 Isi Rumah Berpendapatan Kurang RM2,500, Anak 5 Atau Lebih

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah...