• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kante Perkuat Chelsea 5 Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMAIN tengah Chelsea N’Golo Kante menandatangani kontrak baharu selama lima tahun dengan kelab itu.

Bintang Perancis itu menjadi tonggak utama The Blues sejak tiba dari Leicester City pada 2016.

Sebelum ini timbul spekulasi bahawa Kante bakal angkat kaki dari Stamford Bridge.

Namun pemain berusia 27 tahun itu akhirnya menyatakan hasrat untuk terus komited bersama pasukan Chelsea pada Jumaat.

“Saya gembira untuk melanjutkan kontrak saya bersama Chelsea. Tempoh dua tahun amat menakjubkan dan saya berharap dapat membantu pasukan lebih lama lagi.

“Sejak saya tiba di sini, prestasi saya sebagai seorang pemain semakin meningkat. Saya cabar diri sendiri dan menerima beberapa anugerah di luar jangkaan saya.

“Saya suka bandar ini, saya suka kelab ini dan saya amat gembira berada di sini untuk tempoh yang lebih lama,” katanya.

Difahamkan Kante akan menerima bayaran gaji dua kali ganda daripada gaji asalnya kepada 290,000 pound sterling seminggu.

Ia sekali gus menjadikannya pemain menerima gaji tertinggi di Chelsea.

Pengarah Chelsea Marina Granovskaia berkata:”Kami amat berbangga Kante setuju memperbaharui kontraknya untuk kekal lebih lama bersama Chelsea.

“Sebaik sahaja dia tiba di sini, kami tahu kami membawa masuk pemain istimewa tetapi mengejutkan semua orang dengan usaha kerasnya dan tidak mementingkan diri sendiri.” – Metro.co.uk/mStar Online

Tags: ChelseaN'Golo Kante
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

15/08/2019
0

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul. Penjaga gol baru...

Trofi Liga Europa Milik Chelsea

30/05/2019
0

BAKU - Eden Hazard meledak dua gol dalam penampilan terakhir bersama Chelsea untuk membantu pasukan itu menjulang gelaran Liga Europa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd