• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki Lebih Ramai Berbanding Perempuan

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bilangan kanak-kanak lelaki di Malaysia adalah lebih ramai iaitu seramai 4.85 juta orang berbanding kanak-kanak perempuan yang berjumlah 4.55 juta orang pada tahun ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata komposisi kanak-kanak bawah umur 18 tahun itu adalah 29.0 peratus iaitu 9.4 juta daripada jumlah penduduk 32.4 juta pada 2018.

Sementara itu, katanya komposisi bagi kanak-kanak yang berumur bawah umur lima tahun adalah 8.0 peratus atau 2.6 juta daripada jumlah penduduk Malaysia dengan kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing adalah 1.34 juta dan 1.26 juta orang.

“Pada 2017, sebanyak 508,700 bilangan kelahiran dicatatkan dengan bilangan bayi lelaki dan perempuan adalah seramai 262,600 orang dan 246,100 orang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dari segi pendidikan, pada 2017 enrolmen di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah 4,888,600 orang, menurun kepada 45,000 orang berbanding 2016.

“Penurunan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh penurunan sebanyak 28,200 orang bagi menengah rendah dan 15,000 bagi menengah atas berbanding 2016.

“Pada masa yang sama, enrolmen peringkat rendah juga menguncup 5,200 orang kepada 2,678,600 orang berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Mohd Uzir berkata enrolmen di peringkat tadika swasta, sekolah rendah swasta dan sekolah menengah swasta menunjukkan peningkatan pada 2017 masing-masing kepada 364,000 (2016: 332,600), 38,500 (2016:36,900) dan 113,800 (2016:109,900) orang.

Dalam pada itu, keterlibatan kanak-kanak dengan jenayah pada tahun lepas adalah seramai 5,400 orang dengan jenayah dilakukan kanak-kanak lelaki seramai 5,100 orang dan perempuan 300 orang. – BERNAMA

Tags: bilangankanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd