• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaki Kiri Bayi Lelaki Bengkak Selepas Pembedahan

oleh
14/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sudah memberi rawatan sewajarnya kepada seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang kaki kirinya menggelembung dan membengkak selepas pembedahan di sebuah hospital di sini didakwa disebabkan kecuaian pihak hospital.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata JKNPP juga telah mengadakan perjumpaan bersama keluarga bayi lelaki itu untuk memberi penjelasan berhubung keadaannya.

“JKNPP ingin merujuk kepada kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Abdul Ghani hari ini mengenai kecuaian pihak hospital memberi rawatan kepada cucu beliau dan pihak hospital telah mengambil maklum mengenai isu tersebut.

“Kami juga memahami situasi yang dihadapi oleh keluarga pesakit dan telah mengadakan pertemuan hari ini bagi memberi penjelasan kepada mereka,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook milik Abdul Ghani yang mendakwa datuk kepada bayi berkenaan menyatakan berlaku kecuaian semasa pihak hospital merawat cucu sulungnya ketika proses tambah darah melalui kaki kiri kira-kira pukul 2 pagi hari ini.

Pemilik Facebook itu turut memuat naik beberapa gambar kaki kiri cucunya itu yang menggelembung dan bengkak teruk sedang dirawat di hospital terbabit.

Sementara itu, menerusi komen pemilik Facebook Zamzura Ruslan yang mendakwa ibu kepada bayi berkenaan di status itu menyatakan pihak hospital memasukkan darah melalui kaki bayinya selepas pembedahan hernia berikutan tekanan darah rendah dan doktor memaklumkan tersilap memasukkan ‘line’ sehingga kaki kiri anaknya menjadi sedemikian.

Dr Wan Mansor berkata keadaan bayi lelaki itu kini stabil dan sedang dipantau dari semasa ke semasa.

Beliau berharap orang ramai tidak menularkan maklumat yang tidak tepat berkenaan rawatan pesakit kerana pihaknya serta semua kakitangan hospital amat komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

“Pihak waris juga boleh berhubung terus dengan pihak jabatan yang merawat pesakit atau pihak pengurusan hospital sekiranya terdapat kemusykilan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayiKaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd