• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Perlu Teliti Pemain Bagi Liga M Musim Depan

oleh
27/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) harus teliti dalam pemilihan pemain terutamanya pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas pemain Kelantan era 90-an Anizan Daud berkata perkara itu perlu dilakukan oleh KAFA khususnya ketua jurulatih Yusri Che Lah supaya pemilihan pemain import tidak seperti yang dimiliki oleh pasukan pada musim ini yang boleh merugikan persatuan itu.

“KAFA dan Yusri Che Lah perlu belajar dari kesilapan musim ini apabila mahu mengambil pemain import, contohnya musim ini hampir 5 sehingga 7 pemain import yang diambil oleh KAFA secara bertukar ganti akibat tiada kualiti dan kecderaan.

“Jangan beli pemain import hanya melihat kepada video atau hanya mendapatkan maklumat melalui ejen-ejen pemain import yang bakal diambil untuk menyarungi jersi The Red Warriors (TRW), habiskan duit sedikit untuk tengok dengan mata sendiri,” katanya ketika dihubungi oleh Bernama di sini, hari ini.

Pada saingan Liga-M musim depan Yusri Che Lah diberikan tanggungjawab sepenuhnya oleh KAFA bagi memilih pemain import dan tempatan bagi memperkuatkan pasukan Kelantan.

Anizan berkata KAFA juga tidak cuma memberikan tanggujawab kepada Yusri Che Lah diatas kertas sebaliknya kuasa untuk memilih pemain dilakukan oleh pihak lain.

“Berikan kuasa penuh kepada dia (Yusri Che Lah) untuk memilih dan kenalpasti pemain untuk diadukan bersama perancangan dan kemahiran dimilikinya , jauhi sikap ‘tangan ghaib’ dalam aspek ini sekiranya tidak mahu rugi ketika mendapatkan pemain import.

“Budaya itu (tangan ghaib) yang selalu menghancurkan bola sepak kerana pihak tersebut bukan mahu menyediakan perkhidmatan pemain yang berkualiti namun lebih kepada mengambil keuntungan,” katanya.

Katanya pemilihan pemain yang berkualiti penting berikutan KAFA mempunyai misi untuk kembali beraksi pada saingan Liga Super pada tahun 2020 setelah terpaksa beraksi pada saingan Liga Premier musim depan.

“Pilih pemain yang ada kemampuan untuk membantu pasukan, lihat secara terperinci pemain yang bakal diambil, pastikan mereka tidak berada dalam kecederaan dan pastikan pasukan Kelantan bukan tempat mereka untuk singgah bagi memulihkan kecederaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KAFAYusri Che Lah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd