• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah OKU Dalam Sektor Awam Belum Capai Sasaran

oleh Ahmad Albab
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pekerja dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) yang diambil bekerja dalam sektor awam masih terlalu rendah iaitu hanya 0.29 peratus daripada keseluruhan kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata jumlah itu kurang daripada peratusan ditetapkan iaitu sebanyak satu peratus pekerja OKU dalam sektor awam.

Beliau berkata perkara itu disebabkan masalah di pihak agensi dan jabatan untuk mencari padanan kesesuaian pekerjaan dengan tahap kecacatan yang dialami oleh OKU.

“Mungkin bagi jawatan perkeranian, kewangan ataupun IT agak sesuai dan mudah untuk mereka, tetapi sekiranya di bahagian penguatkuasaan agak sukar kerana jawatan itu perlukan pergerakan dan ada kecatatan yang menyulitkan mereka untuk bergerak sudah tentu agak sukar jabatan mahu ambil bekerja,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu peratusan terkini OKU yang diambil bekerja dalam sektor awam.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata di peringkat kementerian, hanya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mencapai atau melebihi satu peratus penggajian OKU iaitu pada tahap 1.59 peratus.

“Ini kerana kementerian ini menjaga OKU, sudah tentu mereka lebih mengambil berat dan mudah untuk melihat di mana keperluan di kementerian itu yang bersesuaian dengan kecacatan OKU dan keperluan pekerjaan itu sendiri,” katanya.

Mahfuz berkata Kementerian Sumber Manusia sendiri mencatatkan 0.68 peratus, dengan tahun ini sahaja telah menggaji 51 OKU bagi pelbagai jawatan termasuk di kedudukan tinggi seperti bahagian perundangan.

Justeru, beliau berharap semua kementerian dapat mematuhi pekeliling yang dikeluarkan bagi memastikan golongan OKU berpeluang mendapat pekerjaan dalam sektor awam.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata melalui Geran Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU, seramai 54 OKU berjaya dibantu untuk membangunkan perniagaan masing-masing dari Januari sehingga September lepas.

Katanya OKU berkenaan turut menggajikan 37 OKU lain. – BERNAMA

Tags: OKUPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu ICERD: Menteri Gagal, PM Kena Tanggungjawab

Next Post

Ahli UMNO Buat Laporan Ke Atas Waytha Moorthy

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

02/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI dan penjawat awam yang berusaha keras...

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

Kebun Durian Haram: Polis Terima 3 Laporan Penjawat Awam Dihalang Jalankan Operasi Penguatkuasaan

12/04/2025
4

RAUB: Polis menerima tiga laporan yang mendakwa penjawat awam dihalang menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan kerajaan negeri sejak 8 April...

Next Post

Ahli UMNO Buat Laporan Ke Atas Waytha Moorthy

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd