Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Perayaan Berbilang Kaum Bantu...

TAWAU - Sambutan pelbagai perayaan masyarakat majmuk dapat mengukuhkan lagi perpaduan penduduk yang...

D’Tandoor Tawar Diskaun 57%...

Berita baik kepada penggemar masakan India dan Arab, restoran D'Tandoor menawarkan potongan diskaun...

Kerajaan Selangor Berfungsi Seperti...

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor tidak terjejas ekoran tindakan Majlis Syura Ulama...

1MDB Lantik Pengerusi PIDM...

Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mengumumkan melantik Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit...

JPJ Kelantan Sita 18 Kenderaan Salah Guna Lesen

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita 18 buah kenderaan dalam Operasi Khas Sempadan atas pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Persendirian kepada kenderaan perdagangan.

Pengarah JPJ Kelantan Mahasan Mustapha berkata kesemua kenderaan itu adalah jenis van dan pacuan empat roda yang membawa muatan buah-buahan, sayuran dan ikan dari negara jiran.

Siasatan awal mendapati hampir 90 peratus pemandu kenderaan itu adalah warganegara jiran manakala kenderaan yang digunakan juga dalam keadaan usang termasuk lampu isyarat rosak, tiada lampu brek ketiga selain pengelap cermin tidak berfungsi, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata JPJ menjalankan risikan selama seminggu sebelum melaksanakan operasi pada 5 pagi tadi selama tiga jam melibatkan 37 anggota yang diketuai Timbalan Pengarah JPJ negeri Mohd Apandi Jusoh.

Kenderaan terbabit ditahan di Simpang Empat Salam dan Lubok Stol, Pasir Mas, katanya.


Mahasan berkata antara kesalahan yang dikesan dalam operasi berkenaan adalah menyalahgunakan LKM iaitu di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan lain adalah nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai bentuk dan peralatan kenderaan (menanggalkan tempat duduk belakang), tidak selenggara kenderaan serta lain-lain kesalahan teknikal lain.

“Tindakan pihak ini sebenarnya amat membimbangkan kerana selain boleh membahayakan diri sendiri, mereka juga boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori