• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Asyik Berpolitik Hal Pengurusan PAFA

oleh
15/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kesemua pihak diminta memberi fokus mengekalkan momentum pasukan ‘The Bos Gaurus’ yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018 berbanding menjadikan isu peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebagai bahan berpolitik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata semua pihak seharusnya tidak terlalu bergantung kepada isu siapa memegang jawatan tertinggi persatuan itu, sebaliknya perlu memikirkan bagaimana untuk meneruskan kejayaan pasukan berkenaan pada masa akan datang.

“Tidak perlu kita terlalu bergantung siapa presiden PAFA, siapa timbalan presiden atau pengurus pasukan Perak.

“Sesiapa pun boleh menjadi presiden atau timbalan presiden PAFA asalkan fokus untuk membawa pasukan bola sepak Perak menjadi contoh tauladan yang baik kepada peminat bola sepak khususnya generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemerkasaan Integriti Peringkat Negeri Perak anjuran Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata beliau akan bertemu pengurusan PAFA dalam masa terdekat bagi membincangkan perancangan untuk memperkuatkan pasukan menghadapi cabaran lebih besar dan memenangi lebih banyak kejuaraan dalam Liga Malaysia.

“Saya juga mendengar pandangan daripada orang ramai dan memantau pendapat peminat bola sepak Perak,” katanya.

Ditanya mengenai keputusan barisan Exco PAFA menolak peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain sebagai Presiden PAFA, Ahmad Faizal berkata beliau yakin Hasnul Zulkarnain akan membuat keputusan terbaik untuk masa depan bola sepak Perak.

“Ini bukan mengenai kepentingan beliau, bukan mengenai kepentingan saya, apa yang penting fokus untuk bawa lebih banyak kejayaan kepada pasukan bola sepak Perak.

“Sebagai contoh tidak semestinya kalau saya jadi presiden boleh membawa kejayaan sehingga ke peringkat Asia. Ini bukan soal siapa jadi presiden tapi yang penting bagaimana nak kekalkan momentum kejayaan,” katanya.

Selasa lepas, mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif PAFA menolak peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain dan memberi tempoh 14 hari kepadanya untuk memikirkan semula keputusan itu. Bagaimanapun, mesyuarat itu menerima peletakan jawatan timbalan presidennya, Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

Terdahulu, Hasnul Zulkarnain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Penerangan Perak, mengumumkan peletakan jawatan selaku Presiden PAFA selepas memegang tampuk tertinggi badan induk itu sejak 21 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: Ahmad Faizal Azumu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

Peja Lapor Polis, Nafi Buat Gangguan Seksual

03/08/2023
0

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat laporan polis mengenai dakwaan...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd