• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pembesar Suara: Penyokong Azmin Lapor JPP

oleh Ahmad Albab
10/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Satu laporan rasmi telah dibuat untuk perhatian Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berikutan penggunaan pembesar suara semasa proses pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan.

Seorang calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Mansor Othman berkata beliau difahamkan laporan rasmi telah dibuat berkenaan penggunaan pembesar suara oleh penyokong calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli.

“Saya difahamkan laporan telah dibuat untuk tindakan JPP PKR. Kita nampak tadi pun penggunan pembesar suara itu mengakibatkan berlaku sedikit pertelingkahan antara anggota kedua-dua kem.

“Setakat pengalaman saya ke beberapa negeri sepanjang pemilihan rasanya kalau tak salah tidak ada pembesar suara digunakan. Bagaimanapun saya tekankan di sini situasi di Sarawak khususnya di Kota Samarahan ini masih terkawal, masih lebih baik berbanding beberapa kejadian tidak diingini berlaku di lokasi serta negeri lain sebelum ini,” katanya yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Beliau yang berada dalam pasukan calon Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perjalanan pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan di sini hari ini.

Bernama difahamkan calon Ketua Cabang Kota Samarahan Jemree Sabli telah memaklumkan penggunaan pembesar suara itu kepada Ketua Pengawas Pusat Mengundi pagi tadi.

Tinjauan mendapati pembesar suara tersebut digunakan dalam satu daripada tiga khemah pasukan Rafizi di depan luar pagar ILP Kota Samarahan sejak awal pagi (kira-kira 8.30 pagi).

Selain digunakan untuk menyiarkan lagu, pembesar suara itu juga menjadi alat komunikasi meminta anggota PKR datang untuk mengundi Rafizi.

Penggunaan pembesar suara itu mengundang rasa tidak puas hati dalam pasukan Mohamed Azmin menyaksikan berlaku pertikaman lidah antara penyokong kedua-dua seteru itu namun tiada perkara tidak diingini berlaku. – BERNAMA

Tags: JPPPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd