• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ICERD: Mahathir Mulakan Dahulu Di UNGA

oleh
24/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Diskriminasi Kaum (ICERD) sebenarnya telah mula dibangkitkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Ia terbukti apabila beliau dengan angkuh ‘jaja’ di pentas dunia mahu ratifikasi konvensyen itu ketika berucap pada Perhimpunan Agung Perhimpunan Bangsa Bersatu (UNGA) di New York, Amerika Syarikat akhir September lalu

Perkara tersebut jelas telah jejas imej Malaysia dan umat Islam di negara ini kerana Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akhirnya tunduk ‘bodoh’ kepada desakan komuniti antarabangsa bagi hapus hak Melayu dan Bumiputera.

Justeru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Mahathir dan pemimpin PH tidak wajar tuduh UMNO dan PAS pula sebagai punca demonstrasi anti-ICERD yang telah dan akan berlaku di seluruh negara.

Tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, hakikatnya kemelut penentangan terhadap ICERD oleh masyarakat Islam adalah berpunca daripada sikap kerajaan PH sendiri mahu mansuh kontrak sosial dipersetujui pada 1957.

Menurut Ahmad Zahid, Mahathir ketika berucap di UNGA sendiri telah jelas sebut dalam ucapannya itu bahawa kerajaan Malaysia di bawah PH bersedia untuk ratifikasikan ICERD yang enggan ditandatangani ketika era BN.

“Bukan UMNO yang memulakan (isu bantah ICERD), malahan bukan juga PAS mulakan. Tetapi wakil negara kita sendiri (Mahathir) ketika berucap semula di pentas UNGA menyebut beliau mahu meratifikasikan ICERD.

“Kalau selama 61 tahun keharmonian negara boleh dipertahankan, kenapa perlu membakar minyak yang sebelum ini tidak ada sumbunya untuk dibakar,” tegas beliau dalam nada kesal merujuk kepada ucapan Mahathir tersebut.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam siri jelajah Presiden, Timbalan Presiden serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bersama-sama kepimpinan dan ahli parti itu peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC hari ini.

Sebelum ini, terdapat beberapa dakwaan daripada pihak tertentu dalam kalangan PH yang mengatakan kononnya bahawa UMNO dan PAS sengaja menggunakan isu ICERD itu untuk cetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Tindakan kerajaan PH yang mahu ratifikasi ICERD melalui kenyataan Menteri Perpaduan, Senator P. Waytha Moorthi telah dapat tentangan dan bantahan yang hebat daripada rakyat, khususnya orang Melayu di Malaysia.

Beberapa siri demostrasi telah diadakan di seluruh negara oleh UMNO dan PAS serta badan Melayu bagi bantah keras terhadap usaha kerajaan PH untuk meratifikasikan perjanjian antarabangsa tersebut. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: ICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd