• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingin Pinjaman RM10,000 Tetapi Rugi Lebih RM8,000

oleh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Hasratnya untuk meminjam wang sebanyak RM10,000, tetapi akibat terpedaya dengan pinjaman wang yang tidak wujud itu seorang pekerja kilang mengalami kerugian RM8,340 setelah melakukan pelbagai bayaran pemprosesan untuk mendapatkan pinjaman itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusoff berkata, mangsa, 37, sebelum itu melihat iklan pinjaman peribadi melalui media sosial ketika berada di tempat kerjanya dalam sebuah kilang di sini pada Isnin lalu.

“Susulan itu, mangsa telah meninggalkan beberapa maklumat yang diminta melalui iklan berkenaan untuk memohon pinjaman berkenaan.

“Kemudian mangsa telah menerima panggilan daripada suspek lelaki pada Selasa dengan menawarkan pinjaman yang dikehendaki sebanyak RM10,000,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Namun, katanya setelah mangsa melakukan lima kali transkasi bayaran untuk proses pinjaman sehingga RM8,340, suspek masih terus mendesak mangsa melakukan bayaran tambahan.

Mangsa yang curiga dengan perkara itu kemudian telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Pinjaman Wang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebanyak 117 ‘Ah Long’ Diburu Polis

03/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 117 ‘Ah Long’ diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tidak berlesen....

Guru Kerugian 10 Kali Ganda Daripada Nilai Pinjaman

09/11/2018
0

KUANTAN - Seorang guru wanita yang mahu membuat pinjaman sebanyak RM10,000 akhirnya berkesudahan dengan membuat bayaran lebih 10 kali ganda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd