• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Impian Syamel Miliki Kereta Mewah Tercapai

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berkat kerja keras sepanjang tiga tahun di bidang seni, selain amalan suka menyimpan membolehkan impian penyanyi dan komposer, Syamel, memiliki kereta mewah idaman menjadi kenyataan.

Kereta Mercedes-Benz CLA 250 berwarna hitam yang digelarnya sebagai Benzy itu dibeli Syamel atau nama lengkapnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly beberapa hari sebelum meraikan ulang tahun kelahirannya ke-25, pada 27 November lalu.

“Sudah lama Syamel menyimpan angan-angan untuk memandu kereta ini. Alhamdulillah, berkat kerja keras dan hasil sikap jimat cermat, impian untuk membeli kereta ini menjadi kenyataan.

“Selain kepuasan, kereta ini juga Syamel anggap sebagai peringatan untuk bekerja lebih keras.

“Jika dulu, Syamel asyik nak berbelanja kerana tidak banyak komitmen, sekarang ia mengajar diri untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan beringat untuk masa depan,” katanya kepada BH Online.

Enggan disalah anggap, penyandang trofi Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 ini berkata, dia berkongsi berita gembira itu bukan kerana riak, sebaliknya lebih kepada memberi inspirasi buat mereka yang ingin mengubah impian dan cita-cita kepada realiti.


Dalam perkembangan lain, Syamel menyifatkan kejayaan lagu terbarunya, Kau Pun Sama, melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33) sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.

“Jika tahun lalu Syamel berjaya ke AJL 32 secara duet, kali ini Syamel bakal mengadakan persembahan solo pula. Memang teruja, tetapi pada masa sama berdebar juga kerana persaingan sangat sengit, tahun ini. Lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan ramai penyanyi berpengalaman.

“Insya-Allah, Syamel akan memberikan persembahan terbaik pada malam pertandingan nanti. Apa yang penting, malam kemuncak AJL 33 akan meriah dan ‘happening’ dengan persembahan Syamel,” janjinya.

Tahun lalu, Syamel dan pasangan duetnya, Ernie Zakri, dinobatkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik AJL 32 menerusi lagu Aku Cinta. – BH Online

Tags: kereta mewahsyamel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bunuh Diri Naik Di Israel, Turut Libat Kanak-Kanak

Next Post

Ipoh Bakal Jadi Kota Kasut Terulung Negara

Related Posts

PDRM Hanya Uji Cuba 5 Kereta Mewah – Polis

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam,...

Proton Perdana Terbalik Dirempuh ‘Lambo’ Hilang Kawalan

08/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandu terbalik akibat dirempuh kereta mewah jenis Lamborghini yang hilang kawalan...

Next Post

Ipoh Bakal Jadi Kota Kasut Terulung Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd