• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Perlu ICERD, Langkah Tepat Tidak Ratifikasi

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) merupakan langkah tepat kerana negara ini tidak pernah menindas mana-mana golongan minoriti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata sehubungan itu tidak menjadi satu keperluan bagi kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk berbuat demikian.

“Dengan kenyataan media ini (siaran akhbar dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri), menunjukkan jelas kerajaan Pakatan Harapan menolak ICERD ini…tidak ada keperluan pun untuk kerajaan meratifikasikan ICERD ini. Sebab dalam konteks negara ini tak berlaku kezaliman kepada golongan minoriti pun,” katanya kepada Bernama.

Dr Ismail yang juga Pengerusi Amanah Kedah berkata oleh itu beliau mengharapkan orang ramai dapat menilai sebaik mungkin politik kerajaan PH yang matang apabila tidak menggunakan sentimen perkauman bagi meraih populariti dan sokongan.

“Kerajaan Pakatan Harapan sememangnya berbincang hal ini, walaupun pada mulanya timbul kontroversi sedangkan dah banyak kali kita kata kita tolak ICERD ini, tetapi pihak pembangkang masih main isu ini, akhirnya (semalam), kerajaan buat keputusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: ICERDKerajaan PH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

Surat Rasmi PBT Johor Bahasa Cina Berlaku Ketika Pentadbiran PH

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Isu tular melibatkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam bahasa Cina berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd