• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ICERD Agenda Freemason, Kata Hadi

oleh Ahmad Albab
22/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang mendakwa Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) sebagai agenda Freemason.

“Akhirnya, ICERD adalah agenda Freemason yang bertujuan merosakkan agama, bangsa dan negara,” katanya tanpa menghuraikan lanjut dakwaan itu.

Hadi berhujah demikian dalam kenyataan panjangnya berkaitan triti antarabangsa yang ditentang hebat PAS, Umno dan sekumpulan NGO Melayu.

Freemason ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang sering dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi di seluruh dunia.

Hadi berhujah, takrif takrif diskriminasi, hak dan keadilan bagi orang Islam “berbeza dengan kalangan yang tidak beragama”.

“Adil mengikut takrif kita ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya,” katanya.

“Maka amatlah wajar diletakkan hak istimewa kepada kaum tertentu bagi menampung kelemahan yang berlaku seperti memberikan hak istimewa kepada kaum Bumiputera kerana dipinggirkan pada zaman penjajah.”

Beliau menyifatkan pengiktirafan terhadap Icerd seperti menebuk dinding rumah sendiri.

“Adapun kepada kita, adalah menjadi keyakinan bahawa mengiktiraf ICERD laksana menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa maut.

“Ini bukan sekadar menyelamatkan rumah yang kecil, tetapi menyelamatkan kedaulatan umat dan negara,” katanya.

Beliau juga menyifatkan Icerd sebagai “tidak beragama dan (tidak) berkemanusiaan”

“Jangan terpengaruh dengan Barat yang sudah meninggalkan agama dan etika kemanusiaan yang sebenarnya,” katanya. – malaysiakini.com

Tags: FreemasonICERD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Tak Beli Pengikut Laman Sosial” – Rosyam

Next Post

Pengusaha Hotel Sarawak Tolak Cadangan Maszlee

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

Next Post

Pengusaha Hotel Sarawak Tolak Cadangan Maszlee

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd