• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Sorok Dadah Dalam Timbunan Baju

oleh
23/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Polis menahan seorang ibu tunggal dan anak perempuannya yang dipercayai aktif mengedar dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tenggalong, Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor berkata ibu tunggal berusia 47 tahun dan anak perempuannya, 28 tahun itu dipercayai aktif melakukan kegiatan mengedar dadah di sekitar kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik di rumah itu, polis berjaya menemui satu bungkusan plastik yang diselitkan di bawah timbunan baju, berisi satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 82.26 gram .

“Lima lagi paket dipercayai mengandungi dadah jenis yang sama seberat 5.9 gram turut ditemui di atas sebuah lagi rak baju di bilik itu dan kesemua dadah yang dirampas dianggar bernilai RM13,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Azli berkata kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah membabitkan kesalahan dadah dan ujian saringan air kencing adalah negatif.

Katanya, kedua-dua suspek kini kini direman seminggu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu dalam serbuan di belakang sebuah rumah di Felda Selendang 4, petang semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dan merampas dadah jenis heroin seberat 896 gram di dalam sebuah beg yang bimbitnya.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah mangsa, polis menemui satu bekas plastik dibalut pita pelekat hitam bersama dua paket lutsinar berisi serbuk putih dan ketulan kiub disyaki dadah jenis sama (heroin) seberat 70.66 gram yang kesemuanya bernilai RM48,500.

Azli berkata, siasatan awal mendapati bekalan dadah yang dirampas itu, diperoleh dari Mersing sebelum dijual kepada pembeli sekitar Felda berkenaan.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek yang merupakan seorang penganggur tidak mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah.

Katanya, suspek positif dadah jenis Opiat, kini direman seminggu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Pengarah JPS WP Dijel 26 Bulan, Denda RM133K

Next Post

Sathianathan Sah Pengendali Baharu Selangor

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Sathianathan Sah Pengendali Baharu Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd