• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

I-Keep Tawar Barang Harga Patut Di Premis Runcit

oleh Cj Mnh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan melancarkan inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) yang menawarkan barang keperluan harian pada harga tiga hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran di premis kendalian rakan strategik peruncitan yang menyertai inisiatif itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata fasa pertama program i-Keep akan melibatkan 304 premis di Semenanjung Malaysia yang dilaksanakan melalui kerjasama enam rakan strategik syarikat peruncitan yang berkaliber, berpengalaman dan berkeupayaan modal kewangan.

Enam syarikat berkenaan yang mempunyai jenama peruncitan tersendiri ialah Tunas Manja Group (TMG Mart), KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), Segi Cash & Carry Sdn Bhd (Pasaraya Segi Fresh), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (D’Mart), Koperasi Orang Melayu Kerajaan Perak Berhad (SKOMK) dan Big Supermart Sdn Bhd (BIG Supermart).

“Lebih 100 jenis barangan keperluan asas dan barangan keperluan harian yang berjenama telah disenaraikan di premis i-KeeP dengan mengekalkan pembungkusan barangan itu pada harga berpatutan dan munasabah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan i-KeeP yang berslogankan ‘Harga Ekonomi Belian Terbaik’ di sini hari ini.

Saifuddin berkata kerajaan terdahulu melantik Mydin sebagai penggerak utama dan membuka 180 premis dengan peruntukan RM300 juta namun model perniagaan itu tidak mampan.

“Jadi, kita telah mengubah suai model itu dan bekerjasama dengan enam rakan strategik tanpa mengeluarkan apa-apa peruntukan kerajaan,” katanya.

Saifuddin berkata inisiatif tersebut akan dijalankan di Sabah dan Sarawak pada fasa seterusnya dan menyasarkan untuk membuka 500 premis i-KeeP menjelang 2020.

Beliau berkata Perbadanan Nasional Berhad (PNS) akan sentiasa memantau harga barangan yang dijual di premis i-KeeP kekal pada harga berpatutan, selain memastikan bekalan barangan sentiasa mencukupi.

“Ini adalah komitmen kerajaan. Antara kelebihan hasil kerjasama mereka tidak perlu risau pasal bekalan.

Contohnya, kalau gula tidak mencukupi, kerajaan akan berbincang dengan pengeluar gula untuk meningkatkan keupayaan. Rakan strategik syarikat peruncitan tidak perlu risau,” katanya.

Orang ramai juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi pintar Price Catcher, yang dibangunkan dan kawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk melakukan semakan dan paparan harga untuk barangan i-KeeP. – BERNAMA

Tags: harga berpatutani-Keeep
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd