• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hormati Penjawat Awam, Jangan Cederakan Mereka

oleh
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata penjawat awam perlu dihormati dan tidak seharusnya dicederakan ketika menjalankan tugas.

Timbalan perdana menteri berkata adalah menjadi tanggungjawab semua pihak melindungi penjawat awam termasuk anggota pasukan keselamatan.

“Kita perlu melindungi penjawat awam kita dan sesiapa sahaja yang bekerja untuk orang ramai, termasuk anggota bomba,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Perancangan Kebangsaan 2018 anjuran Pertubuhan Perancang Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kes Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang cedera parah dilaporkan akibat dipukul dalam kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika operasi memadam kebakaran kenderaan dekat kuil Hindu tersebut.

Anggota bomba itu kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.

Menyifatkan kes itu sebagai jenayah berat, Dr Wan Azizah berkata beliau akan melawat Muhammad Adib di IJN esok.

Insiden kekecohan di kuil itu yang berlaku pada awal hari Isnin dan sekali lagi pada awal Selasa dikaitkan dengan isu perpindahan tapak kuil berkenaan ke lokasi baharu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd