• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Tagih Sokongan Padu ‘Pemain Ke-12’

oleh
23/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias percaya sokongan padu penyokong yang dianggap sebagai pemain ke-12 akan menjadi motivasi utama buat skuad Harimau Malaya apabila berdepan Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini, esok.

Menyifatkan sokongan padu penyokong tempatan sebagai satu kelebihan, Mohd Farizal yakin ia mampu membakar semangat barisan pemain untuk mencatat kemenangan sekali gus mengesahkan tempat di peringkat separuh akhir.

Beliau berkata kebanjiran penonton di stadium memberi satu kelebihan kepada pasukan negara dalam menjayakan misi wajib menang menentang Myanmar.

“Ketika ini komitmen pemain begitu tinggi dan cukup bersedia untuk menggalas cabaran getir esok,“ katanya pada sidang media pra-perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Malaysia kini menduduki tempat ketiga di belakang Myanmar dan Laos dengan mengumpul enam mata selepas mencatat dua kemenangan ke atas Kemboja (1-0) dan Laos (3-1) sebelum tewas 0-2 di tangan Vietnam, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, skuad kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe itu tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menundukkan Myanmar sekiranya ingin menamatkan saingan kumpulan selaku dua pasukan teratas.

Pada masa sama, Mohd Farizal, yang juga merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), menggesa rakan sepasukan melupakan kekalahan kepada Vietnam dan bangkit memberikan persembahan terbaik esok.

“Walaupun kita tewas di Vietnam tetapi kita bermain dengan baik dan kita belajar daripada perlawanan itu. Dalam sesi latihan menjelang pertemuan esok, semua pemain bermotivasi tinggi…saya harap momentum itu dapat dibawa ke perlawanan sebenar dan pemain mempamerkan persembahan terbaik,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau mengakui bersedia sekiranya diturunkan pada perlawanan esok menggantikan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi dalam tiga perlawanan pertama sebelum ini.

“Apabila diberikan peluang tanggungjawab itu harus dipikul dengan sehabis baik…saya bersedia dari segi mental dan fizikal kerana kita tahu bukan mudah menentang Myanmar,” katanya. – BERNAMA

Tags: farizal marlias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenangan Semi Final Piala AFF 2014 Di Hanoi Jadi Inspirasi Farizal

14/12/2018
0

HANOI – Istilah yang selalu didengari dalam bola sepak, ‘bola itu bulat, macam-macam boleh jadi’. Itulah yang berlaku pada kejohanan...

AFC Bakal Kenakan Hukuman Berat Pada Farizal Marlias

04/06/2017
0

Kuala Lumpur: Karier penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mohd Farizal Marlias berada dalam ‘bahaya’ apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd