• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AFC Bakal Kenakan Hukuman Berat Pada Farizal Marlias

oleh AK-47
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Karier penjaga gol Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Mohd Farizal Marlias berada dalam ‘bahaya’ apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bakal mengenakan hukuman berat susulan tindakannya mempersoal dan menolak pengadil ketika separuh akhir kedua ketika menentang Ceres Negros FC pada saingan Piala AFC Zon Asia Tenggara kelmarin.

Menurut Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul, pihaknya masih menunggu laporan rasmi pegawai perlawanan yang kemudiannya akan dipanjangkan ke Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu bagi tindakan selanjutnya.

“Saya enggan ulas lanjut, sebaliknya kita tunggu laporan sebab sebarang keputusan yang diambil Jawatankuasa Tatatertib akan berdasarkan fakta dan butiran terkandung dalam laporan itu,” katanya.

Begitupun, menurut bekas pengadil FIFA yang enggan namanya didedahkan, tindakan keterlaluan Farizal itu boleh menyebabkannya digantung beberapa bulan atau didenda jumlah tinggi.

 Malah katanya, penggantungan bukan saja membabitkan larangan beraksi bagi saingan Piala AFC musim depan, tetapi dia juga boleh dihalang bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) kerana kedudukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bernaung di bawah AFC. – Harian Metro

Tags: AFCfarizal marliasJDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Terima Dikenakan Levi 2.5 Peratus, Akui Terlepas Pandang Surat FIFA

JDT Terima Dikenakan Levi 2.5 Peratus, Akui Terlepas Pandang Surat FIFA

23/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima dikenakan levi sebanyak 2.5 peratus oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung arahan...

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd