• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamilton Guna Helmet Emas Aksi Terakhir

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABU DHABI – Lewis Hamilton akan memakai helmet istimewa berwarna emas untuk perlumbaan terakhir Formula 1 di Abu Dhabi yang menyaksikan dia ditabalkan sebagai juara.

Hamilton akan menjulang trofi itu buat kali kelima pada petang Ahad ini dan dia mahu melakukannya dengan penuh bergaya.

Fesyen menjadi antara perkara yang digilakan jaguh Britain itu apabila di luar trek dan dia akan membawa minat berkenaan ke Litar Yas Marina.

Helmet emas itu akan dihiasi logo penaja seperti biasa dan terdapat perkataan ‘Ham’ di belakang, namun dari segi pemilihan warna ia bertemakan glamor d isamping lima bintang sebagai tanda lima kali juara dunia.

Banyak yang hendak diraikan Hamilton dalam satu lagi penamat musim yang menakjubkan, yang mana menyaksikan dia menyamai rekod Michael Fangio memenangi lima gelaran F1.

Kini hanya tinggal Michael Schumacher muncul satu-satunya pelumba yang menjulang lebih banyak trofi – tujuh kemenangan berbanding Hamilton yang baharu berusia 33 tahun dan masih berpeluang mengatasi pencapaian legenda Jerman terbabit.

Dia terus bersemangat untuk meningkatkan prestasi pada kempen 2019 yang dijangka menyaksikan perebutan gelaran menjadi sengit antaranya dan Sebastian Vettel daripada Ferrari.

Hamilton menjarakkan diri sejak pertengahan musim ini dan mengesahkan kemenangan gelaran di Mexico ketika berbaki dua perlumbaan.

“Saya mahu mencuba dan memikirkan bagaimana untuk menjadikan babak pertama musim kami menjadi lebih kuat,” katanya kepada kakitangan pasukan di ibu pejabat Mercedes minggu lalu.

“Bagaimana untuk memastikan kami bermula dengan lebih jitu, dan menamatkan saingan dalam keadaan terbaik?

“Tolong cuba dan fikir bagaimana anda boleh terus menjadi lebih baik sebagai individu dan secara bersama. Kerana itu apa yang difikirkan saya, bagaimana saya boleh mencapai sesuatu buat anda pada musim depan.

“Jadi, apabila mereka lebih bertenaga dan kuat, kita perlu pastikan yang kita sentiasa di depan pencabar lain.” – AGENSI/BH ONLINE

Tags: Formula 1Lewis Hamilton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Enam Kanak-kanak Disengat Ubur-ubur Di Perairan Kelantan

Verstappen Laung Amaran Awal

03/03/2024
0

JUARA dunia tiga kali, Max Verstappen memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan sempurna apabila pelumba Red Bull itu mengetuai penamat satu...

Rafizi Stabil Selepas Serangan Jantung

Leclerc Rampas Petak Utama GP Amerika

21/10/2023
0

AUSTIN, Amerika Syarikat: Charles Leclerc meraih petak utama ketiganya musim ini ketika catatan sepusingan terpantas Max Verstappen dibatalkan dan merudum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd