Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

2 Pengedar Dadah Cuba...

BUTTERWORTH - Dua lelaki yang disyaki pengedar dadah diberkas polis apabila cuba memberi...

Gaya Eksklusif Butang Baju...

KAJANG - Sudah banyak tempat pasangan ini pergi. Dari satu bangunan ke bangunan...

Pemandu Teksi Antara 45...

MIRI - Pemandu teksi antara 45 individu yang ditahan dalam operasi membanteras perjudian...

Penarik Kereta Dihukum Gantung...

IPOH - Seorang penarik kereta dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi...

Gesa Siasat A Kadir Jasin Hina Sultan Kedah

KUALA LUMPUR – Polis digesa menyiasat wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin di bawah Akta Hasutan berhubung tulisan di blognya yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul Ghani mendakwa, tulisan tersebut boleh mencetuskan prasangka buruk seolah-olah Sultan Kedah mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalahgunakan kedudukannya.

“Kalau kita perhatikan tulisan di blog itu jelas memaparkan gambar Tuanku. Di peringkat awal seolah-olah beliau puji Tuanku tapi keluarkan kata berunsur fitnah yang tak wajar oleh seorang wartawan dan penasihat kerajaan.

“Sultan Kedah dihormati kerana baginda bukan saja raja tapi bekas pegawai tentera. Jadi tak wajar beliau keluarkan kata sebegini di saat kita baru raikan pertabalan Sultan Kedah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baru-baru ini, A Kadir di blognya menceritakan mengenai hari pertabalan Sultan Kedah namun dalam masa sama mengkritik baginda.


Johari yang juga Adun Gurun berkata, beliau akan membuat laporan polis dan meminta semua rakyat Kedah turut berbuat demikian.

“Saya tak halang beliau sebagai wartawan untuk tulis tapi kena ada etika. Kena tulis betul-betul memandangkan beliau mempunyai ramai pengikut di blognya,” katanya. – Sinar Harian Online

Kategori