• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gejala Rasuah Di Sekolah Semakin Membimbangkan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mendedahkan gejala rasuah yang sudah merebak di sekolah kini berada pada tahap yang membimbangkan.

Jelas beliau, antara kejadian yang dikesan berlaku ialah membabitkan seorang guru yang meminta habuan seks bagi membolehkan pelajar terbabit lulus peperiksaan dan pelajar memberikan wang supaya dapat menjadi ketua kelas dan ketua pengawas sekolah.

“Ada kes guru meminta ‘anu’ atau seks daripada pelajar bagi membolehkan lulus peperiksaan namun SPRM tidak boleh teruskan kes ini kerana pelajar tidak mahu identitinya terdedah malah ada juga kes pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan dilantik sebagai ketua kelas dan juga sokongan sebagai ketua pengawas.

“Kalau kecil-kecil macam ini sudah pandai bermain dengan duit macam mana nak harap mereka jadi pemimpin satu hari nanti, kerana itu pentingnya didikan awal untuk benci rasuah diterapkan,” katanya ketika berucap sebagai panel dalam Forum Permuafakatan SPRM-KPM 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Shukri berkata, SPRM mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya menjadikan subjek rasuah sebagai subjek wajib di sekolah supaya sikap membenci rasuah dapat ditanam dalam diri pelajar dari peringkat awal lagi.

“Saya sudah berjumpa Menteri Pendidikan dan mengesyorkan supaya subjek rasuah dijadikan subjek wajib dan diadakan peperiksaan. Biar peringkat awal ditanam benci rasuah kerana kerana keadaan rasuah ketika ini amat membimbangkan,” katanya.

Dalam pada itu Shukri berkata, pelakuan rasuah yang berlaku di negara ini sangat memalukan dan amat membimbangkan sehingga hari ini, tambahan pula negara luar memandang Malaysia sebagai negara kleptokrasi.

Tambahnya, ramai yang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau turun namun penceramah tidak berani untuk bercakap benar dan menjelaskan rasuah di Malaysia masih boleh dikawal.

“Tapi saya ini tak suka berbohong, saya cakap terus terang, rasuah di Malaysia membimbangkan dan markah Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2014 hanya 52 sahaja serta menurun sehingga kepada 47 markah tahun lalu.

“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk, ini adalah fakt. Kita terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara integriti, memang memalukan malah ketika saya pergi ke luar negara pada 2016, ada orang luar tengok saya rupa Asia dan bertanya saya dari negara mana, saya malu nak sebut Malaysia, saya cakap saya orang Indonesia,” katanya.

Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dikeluarkan Transparency International (TI) Februari lalu mendapati Malaysia mencatat penurunan daripada kedudukan ke-55 kepada kepada 62 daripada 180 negara.

Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam ditetapkan TI walaupun berada pada kedudukan ketiga dalam kalangan 10 negara ASEAN namun kedudukan negara masih jauh di belakang dari segi markah. – K! ONLINE

Tags: rasuahSekolah
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd