• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Patuh Syarat, Restoran Dimsum Diarah Tutup

oleh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang pengusaha sebuah premis makanan dimsum terkenal di Raja Uda, di sini, diarah menutup premis perniagaannya selama 14 hari berkuat kuasa hari ini selepas Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mendapati ruang penyediaan makanan premis itu kotor dan berair, manakala dapurnya sempit serta padat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Mansor Hamzah berkata tindakan penguatkuasaan itu dijalankan menerusi Ops Penang Sihat kali ke-10 yang memberi tumpuan kepada 40 premis di bahagian Seberang Perai.

“Hasil penilaian yang dijalankan para pegawai, kita dapati terdapat kesan najis tikus serta serangga perosak seperti lipas di tempat berhampiran kawasan penyediaan makanan serta lebihan makanan dilihat bersepah di atas lantai di bahagian dapur,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi berkenaan di sini hari ini.

Katanya, premis berkenaan memperoleh hasil penilaian kebersihan 32 peratus.

“Hasil penilaian itu jelas menunjukkan pengendali premis berkenaan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 di mana peti ais yang digunakan tidak diselenggara dengan baik yang membolehkan jangkitan dan pembiakan kuman berlaku seterusnya mendatangkan risiko kepada pelanggan,” katanya.

Dr Wan Mansor turut meningatkan setiap pengendali kedai makanan supaya mematuhi undang-undang berkaitan Akta Makanan 1983 bagi memastikan pengendali kedai makanan mahupun restoran menghasilkan produk makanan yang lebih sihat, selamat dan bersih di samping mendapatkan suntikan vaksin anti-typhoid.

Sementara itu dalam operasi yang sama, pasukan penguatkuasa jabatan turut merampas 142 kotak rokok daripada 18 jenama berasingan di sebuah kedai runcit di Sungai Dua.

“Kedai ini melakukan dua kesalahan iaitu menjual rokok di bawah harga minimum iaitu RM4 ke RM5 berbanding RM10 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan, dan menjual rokok secara ‘loose’.

“Jadi, kita beri dua kompaun iaitu masing-masing berjumlah RM500 manakala nilai rampasan di kedai runcit itu bernilai RM742. Kita juga bimbang aktiviti penjualan rokok murah ini dilihat dapat menggalakkan remaja di bawah umur untuk merokok dan ini sudah tentu menyalahi undang-undang,” katanya.

Ops berkenaan disertai beberapa agensi kerajaan termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pegguna dan Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan kekuatan 119 anggota. – BERNAMA

Tags: restoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

31/01/2023
0

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd