• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Finas Baharu Perlu Pelan Tindakan Filem Nasional

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) baharu disaran merumuskan pelan induk tindakan filem nasional sebagai dasar yang dirujuk dan diaturcarakan demi menjayakan agenda industri perfileman negara, kata Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia, Dr Mahadi J. Murat.

Beliau berkata pelan tindakan ini penting bagi menentukan pemegang taruh seperti penerbit, pelabur, karyawan, artis, tenaga kerja profesional, pembekal khidmat teknologi, pemamir pelbagai platform malah institusi pendidikan mengetahui ke arah mana industri berkembang.

“Walaupun ada dasar perfileman digubal pada masa lalu, tetapi kerana tiadanya struktur dan pelan tindakan sebagai hala tuju, program dan aktiviti yang dijalankan tidak terhala ke arah mencapai matlamat yang diingini sehingga berlaku ketirisan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahadi berkata adalah penting dalam kalangan pembuat dasar, pengurusan dan eksekutif di Finas mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta kepakaran dalam bidang berkaitan.

“Sebaiknya, sebahagian daripada mereka adalah pasukan pakar agar dapat mengisi tuntutan profesionalisme sebuah agensi kandungan kreatif seperti Finas. Pengurusan Finas bukan sahaja mengenai pengurusan tentang kewangan atau kebajikan untuk mereka yang terlibat dalam industri tetapi lebih penting daripada itu,” katanya.

Pada masa sama, katanya badan dan persatuan yang berkaitan dengan industri filem negara perlu dinilai semula dan dilakukan penambahbaikan demi menjayakan cadangan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Finas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

FINAS Tiada Kuasa Heret Pelaku Cetak Rompak

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak mempunyai kuasa perundangan untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu melakukan kesalahan...

Finas Sediakan Studio Merdeka Sebagai Pusat Penempatan Mangsa

19/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Susulan banjir yang melanda Lembah Kelang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut menawarkan bantuan kepada mangsa bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd