• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Hantu Kak Limah ‘Meletup’ Tapi Bonus ‘Ciput’

oleh Cj Mnh
08/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pelakon utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie terkilan bonus yang diterima daripada penerbit tidak setimpal dengan kutipan lebih RM30 juta yang diraih filem pecah panggung itu.

Tampil mewakili pelakon dan kru produksi, Awie, 50, menganggap jumlah bonus yang diagihkan penerbit tidak adil.

“Saya terkilan (jumlah) wang bonus yang diterima… Ini kerana kadar itu tidak sesuai dengan kerja keras kru produksi. Penerbit seharusnya lebih peka terhadap sumbangan kami demi kejayaan filem ini.

“Sebagai anak seni, saya rasa bertanggungjawab ‘membuka mulut’ bagi mempertahankan hak kami. Ini kerana dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

“Bukanlah tidak bersyukur, namun jangan ambil kesempatan apabila filem Hantu Kak Limah sudah berjaya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert GIG 2018 di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Ratu Rock, Ella.

Ditanya jumlah bonus yang diterima, Awie berkata:

“Saya selaku teraju utama hanya menerima beberapa ribu ringgit sahaja… Inikan pula pelakon dan kru produksi lain,” katanya.

Awie menambah, dia tidak menolak melakonkan watak Husin dalam sekuel Hantu Kak Limah, namun ada syarat ditetapkan.

“Dengan syarat, filem itu bukan di bawah syarikat produksi yang sama.

“Saya tidak ada masalah untuk kembali berlakon di bawah arahan Mamat Khalid, cuma perlu tahu siapa penerbitnya.

“Saya enggan bekerjasama di bawah syarikat sama selepas pengalaman ini,” katanya.

Filem Hantu Kak Limah yang diterbitkan bersama Astro Shaw dan Infinitus Gold, ditayangkan pada 9 Ogos lalu. – BH Online

Tags: BonusFilem Hantu Kak Limah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

Bonus RM500 Untuk Semua Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah...

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

Bonus Penjawat Awam Terengganu Diumum Lepas PRK Kemaman

27/11/2023
0

Kuala Terengganu : Bonus kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di Terengganu akan diumumkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd