• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Bincang Peletakan Jawatan Subkhiddin

oleh Ahmad Albab
06/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membincangkan keputusan mengejut Subkhiddin Salleh untuk meletak semua jawatan dalam badan induk itu, termasuk jawatan exco, pada mesyuarat exco penghujung bulan ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam memaklumkan badan induk itu sudah menerima surat peletakan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM itu semalam, namun tidak bermakna mereka menerima keputusan tersebut.

“Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) serta barisan exco turut kecewa dengan keputusan Subkhiddin tetapi penerimaan surat tidak bermakna kita terima peletakan jawatan beliau dan sehingga kini, beliau masih lagi exco FAM.

“Terpulang kepada pihak exco bagi menentukan keputusan peletakan jawatan beliau pada mesyuarat exco itu nanti,” kata Ramalingam ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ramalingam berkata beliau telah berjumpa dengan Subkhiddin, semalam yang meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang mengecam beliau di laman sosial susulan pengadilan lemah Suresh Jayaraman pada aksi final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC (TFC) pada 27 Oktober lepas.

Semalam, Subkhiddin mengambil keputusan mengejut dengan melepaskan semua jawatan dalam FAM selepas dikatakan tidak tahan dengan komen negatif netizen terhadap anggota keluarganya di laman sosial.

Jayaraman membuat beberapa keputusan kontroversi termasuk membatalkan dua gol Perak pada aksi final Piala Malaysia yang dikatakan sebagai jaringan sah.

Perak muncul juara Piala Malaysia 2018 setelah mengatasi TFC 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi penuh perlawanan. – BERNAMA

Tags: FAMletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat...

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju memberi cuti sementara kepada Timbalan Presiden parti itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd