• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eropah Mahu Pasukan Tentera Sendiri Tanpa AS

oleh Haris
12/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin mengambil kesempatan menyanggah Amerika Syarikat yang dilihat mula dipandang dengan kritis oleh sekutunya di Eropah.

Putin berkata semalam yang Eropah sudah tentu merasakan ia memerlukan satu pasukan tentera, kerana rantau itu kini membentuk satu blok ekonomi yang kuat.

Menurut Putin, Kesatuan Eropah pasti berasa ia perlu mempertahankan diri dari segi ketenteraan.

Pemimpin Rusia itu berkata demikian selepas kekecohan apabila Presiden Donald Trump berkata cadangan penubuhan tentera Eropah itu sebagai “menghina.”

Trump menulis catatan di Twitter sejurus tiba di Paris pada Jumaat bagi menghadiri upacara memperingati 100 tahun berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Presiden Perancis, Emmanual Macron mencadangkan penubuhan sebuah pasukan tentera Eropah, cadangan yang menunjukkan Paris semakin kurang percaya dengan blok Barat dipimpin AS.

Pendirian Macron ini ialah pandangam terbaru dari Perancis yang menunjukkan negara Eropah itu bersedia memainkan peranan sebagai pemimpin di Eropah dan menolak peranan AS di sana.

“Eropah ialah sebuah entiti ekonomi yang kuat, sebuah kesatuan ekonomi yang kukuh dan sangat masuk akal ia mahu bebas, mandiri dan berdaulat dalam hal pertahanan dan keselamatan,” kata Putin kepada televisyen RT.

Trump bersikap dingin terhadap komen Macron dalam satu wawancara radio Europe 1 minggu ini, yang memberi gambaran AS sendiri merupakan satu ancaman kepada Eropah.

Dalam perbincangan mengenai ancaman daripada politik semasa, Macron berkata Eropah perlu melindungi dirinya daripada China, Rusia “dan malah Amerika Syarikat sendiri.”

Dalam wawancara sama, Macron berkata Eropah perlukan sebuah pasukan tentera bersama untuk mempertahankan diri daripada ancaman.

“Berdepan Rusia, yang berada di sepanjang sempadan dan menunjukkan ia boleh menjadi ancaman… kita perlukan Eropah yang boleh mempertahankan dirinya sendiri, tanpa bergantung semata-mata dengan Amerika Syarikat.” – Agensi

Tags: JermanPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd