• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erdogan Kecam E-Rokok Burukkan Gejala Ketagihan

oleh Haris
28/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dikenali dengan pendirian tegas antirokok mengecam peningkatan penggunaan rokok elektronik.

“Mereka telah mencipta sesuatu yang aneh dinamakan ‘rokok elektronik.’ Mereka dakwa tidak mengandungi nikotin atau hanya sejumlah kecil. Tetapi kemudian orang tetap ketagih dengannya,” kata Erdogan di sebuah simposium tentang dasar dadah dan kesihatan awam antarabangsa di Istanbul.

Katanya syarikat rokok datang berjumpa kerajaan Turki untuk melabur di negara itu.

“Kata mereka, mereka akan melabur sebanyak AS$500 juta atau AS$1 bilion. Tetapi kami tawar alternatif kepada mereka. Kami tanya sama ada mereka akan mengeksport apa yang mereka buat di sini. Tetapi mereka meminta 10 peratus produk mereka dipasarkan di sini. Maka jelaslah matlamat mereka,” kata Erdogan.

Erdogan membayangkan yang syarikat ini mahu menjadikan pemuda Turki penagih.

“Kami tidak akan benarkan ini berlaku,” kata presiden Turki itu.

Beliau juga berkata bukan hanya ketagihan alkohol dan tembakau tetapi juga ketagihan alat elektronik telah menjadi ancaman serius.

“Ada anak dua tahun yang ketagih telefon pintar. Ini satu lagi ancaman. Apa yang boleh kita lakukan? Kita mesti menangani (masalah ini).”

Menurut presiden Turki itu, 70 buah telefon pintar dijual di Turki, di negara yang penduduknya 81 juta.

Katanya, tidak menghairankan pendana utama pertubuhan pengganas ialah penyeludup dadah dan tembakau.

Erdogan juga mengaitkan aktiviti keganasan dengan ketagihan, dan menegaskan kedua-duanya mesti diperangi. – Anadolu

Tags: e-rokokPresiden Recep Tayyip Erdogan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persatuan, Industri Vape Sokong Usaha KKM Henti Tabiat Merokok

03/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan dan pemain industri vape serta e-rokok menyatakan sokongan usaha Kementerian Kesihatan (KKM) menamatkan tabiat merokok dalam...

Tiada Rokok Elektronik, Vape Didaftar Alat Berhenti Merokok

13/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang rokok elektronik (e-cigarette) atau vape yang didaftar sebagai alat atau ubat untuk berhenti merokok ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd