• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edar Bible: 29 Individu Dirakam Keterangan

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis merekodkan keterangan 29 individu termasuk enam suspek yang dilaporkan mengedar kitab Bible di hadapan sebuah sekolah di Bukit Mertajam pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil soal siasat yang dilakukan terhadap kesemua suspek menganggap pengedaran kitab itu tidak menjadi kesalahan kerana sebelum ini mereka pernah membuat edaran di sekitar kawasan hotel, klinik dan hospital.

Menurutnya, daripada keterangan mereka (enam suspek) tujuan pengedaran kitab berkenaan adalah untuk memberi pendedahan tentang kebaikan dan pengajaran dalam agama Kristian.

“Polis sedang melengkapkan dan mengemas kini kertas siasatan sebelum ia dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini, kesemua suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita tidak ditahan dan mereka berjanji akan memberi kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dilakukan,”katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, selain enam suspek berkenaan, keterangan turut diambil daripada empat orang pengadu, seorang pengetua sekolah, seorang pegawai pendidikan daerah, seorang pengawal keselamatan, tiga pekerja tukang cuci sekolah dan 13 orang pelajar sekolah terbabit.

Katanya, polis juga telah mendapatkan semula kitab bible yang diedarkan oleh kumpulan berkenaan kepada pelajar daripada pihak sekolah.

Mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, Nik Ros Azhan berkata, sehingga kini polis telah menerima lapan laporan mengenai kejadian berkenaan iaitu empat di Pulau Pinang, dua di Sentul, Kuala Lumpur; dan masing-masing satu laporan di Presint 7, Putrajaya dan Taman Perling, Johor Baru.

Sebelum ini tular dilaman sosial mengenai tindakan beberapa individu yang dikesan mengedar kitab bible dihadapan sebuah sekolah di Bukit Mertajam.

Aktiviti pengedaran kitab itu dilaporkan berlaku pada 2 November diantara jam 12.10 hingga 12.30 tengah hari semasa tamat sesi persekolahan.

Difahamkan lebih 200 buku kitab ‘New Testament’ telah diedarkan kepada hampir 200 orang pelajar termasuk yang beragama Islam di sekolah berkenaan. – Sinar Harian Online

Tags: biblepolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd