• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Remaja Geng Curi Motosikal Ditahan

oleh
17/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis berjaya menumpaskan geng curi motosikal selepas menahan dua remaja lelaki yang sudah tidak bersekolah dalam serbuan berasingan di Tanah Liat, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menahan remaja pertama dalam serbuan di rumahnya pada pukul 8 malam sebelum menyerbu rumah rakannya dan menahan suspek kedua dua jam kemudian.

“Susulan penahanan dua remaja yang dibuang sekolah itu, polis merampas pelbagai komponen motosikal yang telah dileraikan antaranya 12 ekzos, kulit enjin (10), rim (tujuh), blok (lima) dan enjin (lima),” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, mereka mempunyai peranan masing-masing iaitu remaja pertama akan mencuri motosikal di sekitar daerah SPT sebelum membawa kenderaan itu ke rumah rakannya untuk dileraikan komponennya manakala rangka motosikal dibuang di tepi landasan keretapi di sini.

Katanya dua remaja itu dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sejak beberapa bulan lepas dan polis tidak menolak kemungkinan dengan penahanan mereka pihaknya berjaya menyelesaikan lebih 10 kes curi motosikal.

Nik Ros Azhan berkata siasatan juga mendapati geng itu mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan hasil kegiatan menjual komponen motosikal yang mereka curi tersebut.

“Pemeriksaan di kawasan landasan keretapi, polis berjaya menemui lima rangka motosikal pelbagai jenis dan dua remaja itu kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis turut menahan dua lelaki berusia 25 dan 27 tahun kerana memproses dan menjual air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Permatang Rawa di sini semalam.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, mereka membeli daun ketum dari negeri jiran sebelum memproses air ketum dan menjual kepada pembeli sekitar Bukit Mertajam dengan harga RM5 sebungkus.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 14 bungkusan plastik air ketum dalam satu bekas polistrin dipercayai untuk dijual kepada pembeli mereka. Dua lelaki yang tidak bekerja itu kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Curi Motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kecurian Motosikal Antara Jenayah Paling Tinggi Di Iskandar Puteri

30/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Kecurian motosikal dilaporkan antara kes jenayah paling tinggi direkodkan di kawasan Iskandar Puteri, sepanjang tempoh tahun ini....

Seorang Wanita Antara Tiga Geng Kojek Ditahan

07/12/2018
0

TAIPING - Polis menumpaskan kumpulan Geng Kojek dengan tertangkapnya tiga individu termasuk seorang wanita dalam dua serbuan di Kamunting di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd