• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Drama Isytihar Gaji Kaburi Isu Lebih Besar

oleh Haris
05/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DRAMA isytihar gaji oleh menteri-menteri Pakatan Harapan telah sedikit-sebanyak mengaburi isu sebenar tuntutan perisytiharan harta oleh para menteri.

Jumlah hingga hampir RM100,000 gaji dan pendapatan bulanan malah lebih lagi telah berjaya mencetuskan reaksi marah orang ramai.

Data yang disediakan untuk diakses secara mudah oleh orang awam membantu ketelusan perisytiharan pendapatan ini.

Beberapa isu yang kelihatan seperti kesilapan bodoh seperti perisytiharan pendapatan dua kali seperti didakwa menambah drama isu ini.

Isu ini akhirnya menjadi topik perbahasan di media sosial selama beberapa hari, dan menjadi isu utama sampai ke hari pembentangan bajet.

Sesetengah orang mungkin melihat ini mendedahkan kelamahan kerajaan Pakatan Harapan yang selama ini mendakwa mereka bersih dan berintegriti.

Perisytiharan itu mungkin dianggap sebagai tuntutan mereka akhirnya makan diri apabila mereka sendiri terpaksa mendedahkan pendapatan.

Isu sensasi seperti pendapatan tinggi Lim Guan Eng dan beberapa orang menteri lain menjadi isu ini perhatian ramai dan berterusan diulas dan disindir.

Tetapi dari satu perspektif lain, pendedahan pendapatan bulanan ini berjaya mengelakkan mereka mendedahkan harta yang mungkin jauh lebih besar dan mengejutkan.

Pendedahan ini boleh dijadikan hujah yang mereka sudah menunaikan janji mendedahkan “harta” mereka.

Kemudian, perhatian netizen disambut pula oleh Bajet 2019 yang juga menumpukan pada isu “lucu” dan bahan trol melibatkan kereta enjin 1.5 diberikan subsidi.

Isu ini berlanjutan agak lama dan menjadi salah satu tumpuan utama ulasan bajet, walaupun ada isu lebih besar seperti peruntukan kepada sekolah Cina, sekolah mubaligh dan sekolah menengah persendirian Cina.

Isu-isu sensasi ini mendedahkan sedikit kelemahan PH tetapi pada masa yang sama juga mengalih tumpuan daripada isu-isu penting lain.

Pendedahan kelemahan PH ini boleh jadi sekadar jadi sasaran musuh politik tetapi tidak menjejaskan mereka yang kekal disokong oleh pengundi mereka.

Keseronokan mendedah kelemahan PH ini perlu dilihat semula, sama ada membantu atau tidak dalam memberi kesedaran kepada rakyat dan pengundi, dan bukan sekadar jadi bahan lawak netizen dan cybertrooper. – Mynewshub.tv

Tags: pakatan harapanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd