• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Lawat Hospital Wanita & Penyelidikan Qatar

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Qatar Dr Khalid Mohammed Al Attiyah di sini.

Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Qatar Dr Hanan Al Kuwari di Hospital Wanita dan Penyelidikan.

Dr Wan Azizah, yang sedang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Qatar turut melakukan tinjauan di hospital kerajaan itu yang dikhususkan untuk pesakit wanita.

Timbalan perdana menteri juga menghadiri mesyuarat meja bulat anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Persatuan Perdagangan Qatar.

Mesyuarat itu bertujuan meninjau bidang-bidang yang berpotensi untuk kerjasama perdagangan antara Malaysia dan Qatar selain memudahkan pelaburan langsung asing serta menggalakkan perdagangan bilateral antara kedua-dua negara.

Turut menyertai mesyuarat Pengerusi Persatuan Perniagaan Qatar Sheikh Faisal Qassim Al Thani dan Naib Pengerusi Dewan Perdagangan Qatar Muhammed Bin Ahmed Bin Towar Al-Kuwari, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Ignatius Darell Leiking, dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Mesyuarat itu disertai oleh 60 ahli perniagaan Qatar dan 18 syarikat Malaysia yang beroperasi di Malaysia and Qatar. – BERNAMA

Tags: hospitalQATAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd