• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tolak Dakwaan Bajet 2019 Ciplak BN

oleh Ahmad Albab
05/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan pembangkang kononnya Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam menciplak apa yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Perdana menteri berkata pembangkang boleh berkata apa sahaja, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa.

“Dia (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) boleh kata apa sahaja sebab (dia) tiada kuasa.

“Kita tak hutang berbilion-bilion ringgit,” katanya ditemui pemberita selepas merasmikan Kempen Hidup Aktif (WALK) di Oval Lawn Setia City Park di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa Belanjawan 2019 tiada kelainan berbanding bajet yang dibentangkan sebelum ini di mana kerajaan lebih menyentuh perkara yang tidak membawa ‘keajaiban besar’ untuk manfaat rakyat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa pembentangan Belanjawan 2019 meminggirkan negeri di Pantai Timur, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak benar. “Kita ada program khusus (untuk negeri di Pantai Timur),” katanya.

Tuan Ibrahim ketika mengulas Belanjawan 2019 berkata kerajaan PH langsung tidak menyentuh aspek pembangunan wilayah khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikuasai pembangkang. – BERNAMA

Tags: Belanjawan 2019Tun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Barangan Kawalan Deepavali Terkawal

Next Post

Peniaga Tidak Tahu Kewajipan Tag Harga Merah Jambu

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

Next Post

Peniaga Tidak Tahu Kewajipan Tag Harga Merah Jambu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd