• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Australia Pisahkan Kembar Siam Bhutan

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Pasangan kembar Siam perempuan dari Bhutan dipisahkan dalam pembedahan selama enam jam di sebuah hospital Australia hari ini dan ketua pakar bedah berkata beliau agak yakin kanak-kanak berkenaan akan sembuh dengan jayanya.

Kembar berusia 15 bulan, Nima dan Dawa, bercantum dari bahagian dada ke punggung.

Doktor di Hospital Diraja Kanak-kanak Melbourne (RCHM) berkata, mereka perlu memisahkan hati kembar berkenaan dan cabaran utama ialah mencantumkan semula bahagian abdomen.

“Ia satu kelegaan dan kegembiraan, tiada apa yang lebih baik dalam mana-mana pembedahan untuk mengumumkan kejayaan kami kepada ibu bapa,” kata Dr Joe Crameri yang mengetuai pasukan pakar bedah seramai 18 orang dan ketua pembedahan paediatrik di hospital berkenaan dalam sidang media.

Katanya, cabaran akan dirasai dalam tempoh 24 hingga 48 jam akan datang namun yakin keputusan yang baik diperoleh.

Kanak-kanak itu dan ibu mereka, Bhumchu Zangmo, dibawa ke Australia bulan lalu oleh badan kebajikan Children’s First Foundation yang berkata, kerajaan Victoria menanggung kos pembedahan sementara mereka membiayai pengangkutan dan penginapan.

Apabila tiba, pasukan perubatan berkata, kanak-kanak itu perlu menambah berat dan dalam keadaan kesihatan baik sebelum dibedah.

Crameri berkata, kembar itu dijangka dirawat di hospital untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

Pada 2009, doktor di RCHM berjaya memisahkan kembar Siam dari Bangladesh, Trishna dan Krishna dalam pembedahan selama 25 jam. –Reuters

Tags: kembar siampembedahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

13/03/2023
0

SINGAPURA - Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd