Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Pengulas BBC ‘Live’ Teramas...

LONDON - Seorang pengulas stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) mendapat malu apabila secara...

Raja Perlis Rayu Buka...

SANGLANG - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini merayu kepada...

Bantuan Hari Raya MAIPk...

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan...

Mangsa Mercun Tak Peduli...

SUNGAI PETANI - "Masa itu saya hanya mahu peluk anak saya sebab dia...

DoJ Minta Bantuan Thailand Dapatkan Berlian Ibu Jho Low

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat akan meminta bantuan kerajaan Thailand bagi mengeluarkan waran berhubung barang kemas yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipercayai diberikan oleh ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho, kepada ibunya.

Menurut laporan sebuah portal berita hari ini, barang kemas itu terdiri daripada sepasang anting-anting dan cincin berlian yang sepadan pada ibu Jho Low, Evelyn Goh Gaik Ewe.

DoJ, dalam satu kenyataan kepada Mahkamah California bertarikh 2 November, memaklumkan kerajaan AS masih mengenalpasti lokasi sebenar barang kemas itu, namun menganggap ia berada di Thailand di mana pemiliknya dipercayai berada.

Setelah rundingan dengan kerajaan Thailand selesai, DoJ akan menyediakan salinan saman sivil kepada pihak berkuasa negara itu terhadap barangan kemas berkenaan, notis tindakan melucut hak dan waran tangkap bertarikh 16 Jun 2017 berdasarkan perjanjian bantuan guaman bersama (MLA) antara kedua-dua negara.

“Apabila kerajaan menerima pengesahan daripada pihak berkuasa pusat Thailand bahawa ia telah menerima waran tangkap terhadap aset defendan, kerajaan akan bertindak ke arah membatalkan aset defendan,” kata laporan dipetik portal berkenaan.

Jho Low ketika ini masih menjadi buruan pihak berkuasa bagi membantu siasatan beberapa kes membabitkan 1MDB.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada Sabtu lalu berkata beliau dimaklumkan oleh Kedutaan China bahawa Jho Low tiada di negara berkenaan melainkan ahli perniagaan itu menggunakan nama lain pada pasport yang berlainan.

DoJ, dalam satu kenyataan pada 1 November lalu, memaklumkan Jho Low dan seorang lagi, Roger Ng, didakwa di Mahkamah Persekutuan di Timur New York kerana konspirasi mencuri jutaan wang daripada 1MDB.

Jelas DoJ, Jho Low dan Roger Ng turut didakwa kerana melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) dengan membayar kepada ‘orang ketiga’ dalam kerajaan Malaysia dan Abu Dhabi. – BH Online

Kategori