• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat ‘Panas’ MP Pasir Salak ‘Tak Puas Hati”

oleh
01/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat petang ini ‘panas’ ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin membuat penggulungan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 bagi kementeriannya.

Kekecohan itu bermula apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) tidak berpuas hati apabila Sim tidak menjawab soalan tambahannya berkenaan jumlah subsidi baja yang diberikan kepada petani.

Sim berkata persoalan yang dibangkitkan Tajuddin tidak ada kena mengena dengan persoalan yang dibangkitkan ketika dalam perbahasan.

“Ini semua soalan tambahan yang tak ada dalam perbahasan. Saya kena jawab isu yang dibangkitkan dalam perbahasan. Kena adil kepada mereka yang berbahas,” katanya, yang menyebabkan Tajuddin tidak berpuas hati dan terus mengasak timbalan menteri itu untuk menjawab pertanyaan beliau.

Keadaan itu menyebabkan Timbalan Speaker Nga Kor Ming campur tangan dan meminta Tajuddin duduk bagi memberi laluan kepada Sim meneruskan penggulungannya.

Situasi itu menyebabkan Tajuddin mendakwa Nga tidak adil dan bersikap berpihak menyebelahi Sim.

Keadaan semakin panas apabila Anggota Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin dan Jelutong, RSN Rayer turut masuk campur dan meminta Tajuddin duduk, namun wakil rakyat Pasir Salak itu tetap berkeras menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara ketiga-tiga mereka.

Keadaan itu memaksa Nga membaca peraturan mesyuarat dan memberi amaran kepada Tajuddin agar tidak sengaja menimbulkan kekecohan dan akur dengan arahannya untuk duduk jika tidak mahu diarah keluar dewan.

Pertikaman lidah berlangsung kira-kira 10 minit sebelum Tajuddin akhirnya akur dan duduk bagi membolehkan Sim menyambung penggulungannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebahagian Lorong Senawang-Pedas Linggi Arah Selatan Ditutup Sementara

Next Post

Tukang Cuci, Rakan Lelakinya Disyaki Mati Dibunuh

Related Posts

Mahkamah Cadang Kes Saman Tajuddin Diselesai Secara Baik

12/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas...

Tajuddin Umum Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO

04/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan...

Next Post

Tukang Cuci, Rakan Lelakinya Disyaki Mati Dibunuh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd