Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

3 Penyanyi Dalam Klip...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang akan meminta polis Bukit Aman mendapatkan bantuan...

Padah Gelar KPN Jeneral...

Seorang pengurus projek didakwa mengikut Kanun Keseksaan hari ini kerana memanggil Ketua Polis...

18 PATI Ditahan Dalam...

KOTA KINABALU – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi...

FB Digodam: Peniaga Dituduh...

BAGAN SERAI - Seorang peniaga mendakwa Facebooknya digodam oleh individu tertentu sehingga dia...

Tajuddin Umum Tawar Diri Tanding Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti kali ini.

Wakil rakyat Parlimen Pasir Salak itu berkata beliau mengambil keputusan tersebut kerana mahu mengembalikan semula kegemilangan parti orang Melayu berkenaan.

“Saya berjanji akan bekerja habis-habisan dan turun padang setiap kawasan untuk membangkitkan semula obor perjuangan UMNO,” katanya pada sidang media di sini.

Tajuddin juga yakin UMNO mampu bangkit semula kerana sokongan orang Melayu terhadap parti tesebut masih kuat.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan dua Anggota MT iaitu Datuk Seri Johari Abd Ghani dan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan akan bertanding merebut jawatan naib presiden parti pada pemilihan kali ini. – BERNAMA

Kategori